Ibu bapa dan murid bersama Yong Dan Zukaidah bergambar kenangan sempena Majlis tersebut.
LABUAN: Lebih 100 murid yang beragama Islam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJCK) Chung Hwa disini meraikan Sambutan Hari Raya Perdana yang diadakan di sekolah berkenaan baru baru ini.
Majlis yang julung kalinya diadakan itu dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SJCK Chung Hwa dengan kerjasama para ibu bapa murid yang beragama Islam.
Menurut Ketua Panatia Pendidikan Islam SJCK Chung Hwa, Zukaidah Adin majlis yang julung kalinya diadakan itu adalah hasil kerjasama erat pihak sekolah dengan ibubapa murid yang beragama Islam.
Selain itu ia juga turut mendapat sokongan daripada Guru Besar Sekolah yang sentiasa memberi galakan mengenai aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada murid, ibubapa dan sekolah.

Yong bersama Zukaidah.
Zukaidah berkata majlis tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara murid, ibubapa dan guru disamping memperkukuhkan lagi nilai nilai perpaduan yang sedia ada di sekolah ini.
“Majlis ini juga adalah kesinambungan daripada majlis berbuka Puasa yang telah diadakan disekolah ini pada bulan Ramadan yang lalu” katanya.
Sementara itu Guru Besar SJKC Chung Hwa, Yong Kui Chen menzahirkan rasa gembira kerana majlis itu bukan saja untuk jamuan raya, malah dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan pentas oleh anak anak murid yang bergama Islam.
Sementara itu ibu bapa yang hadir turut terhibur dengan persembahan nyanyian oleh bekas bintang Akademi Fantasia musim ketiga Yazir Yusof yang kebetulan anak beliau belajar di sekolah ini.



