Guru Penyelaras, anggota JAPEN dan wakil SPR dalam program itu
RANAU: Seramai 88 Orang pelajar termasuk Guru pengiring (Guru Penyelaras Kelab Malaysia Ku) hadir di Program Jiwa Madani@Kelab MalaysiaKU Daerah Ranau yang diadakan di Damai Eco Ranch Lohan Ranau baru-baru ini.
Program yang dijalankan secara bersemuka itu melibatkan Kerjasama rakan strategik daripada Pejabat Pilihan Raya Negeri dengan memberi taklimat berkaitan Pendidikan pengundi yang disampaikan oleh Ebur Bin Sabtar dan demonstrasi pengundian oleh Sabinus Yuntong.
Terdahulu dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh AADO Jeffarison Solingkin mewakili Pegawai Daerah Ranau, Tinus Bin Manggam, mengatakan Program sebegini merupakan satu program yang baik.
“Ia juga mampu membantu pelajar dalam memehami proses pengundian dalam system demokrasi yang diamalkan dalam kerajaan kita,” katanya.
Jeffarison turut mengambil kesempatan memberikan nasihat kepada para pelajar untuk terus berusaha maju dalam bidang pelajaran tidak kira dalam apa juga subjek agar menjadi kebanggaan keluarga dan menjadi asset penting negara.
Wakil Pegawai Penerangan Daerah Ranau, Kamaruddin Abidin pula berkata, program itu sesuai dengan objektir Program Jiwa Madani@Kelab Malaysia Ku iaitu memberi penjelasan dan pemahaman lanjut berkaitan proses pilihan raya di Malaysia selain memberi pendedahan dan kesedaran awal terhadap tanggungjawab sebagai pengundi.
“Selain itu Program Jiwa Madani @ Kelab Malaysia ku juga dapat melahirkan pengundi yang celik demokrasi, matang dan bijak memilih dalam menentukan masa depan negara,” katanya.
Simulasi Pilihan Raya yang dijalankan dalam program itu
Kamaruddin turut menjelaskan berkaitan fungsi Kelab Malaysia ku itu merupakan jalinan Kerjasama yang strategik antara Jabatan Penerangan Malaysai (JAPEN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai salah satu kegiatan kokurikulum pelajar.
Menurut Guru Penyelaras Kelab Malaysia Ku dari Sekolah Menengah Kebgasaan Mat Salleh Ranau, Hung Hsien Yang, program yang diadakan pada hari ini amat memberi manfaat dan peluang kepada pelajar dalam mempelajari system demokrasi di negara kita.
“Demokrasi berparlimen terdapat dalam pembelajaran para pelajar di sekolah dan dengan menyertai program ini serta demonstrasi yang diadakan oleh pihak SPR, pelajar lebih faham kerana mereka melakukan cara-cara pengundian sebenar,” katanya.
Beliau berharap agar, program ini diteruskan dimasa akan datang. Bagi Adik Nurizzahyati Azirah Binti Mathew dari SMK Ranau, beliau sangat teruja dengan aktiviti yang diadakan sempena program ini.
Selain daripada kuiz kenegaraan dan taklimat daripada pihak SPR, turut menggambarkan rasa terujanya dengan melakukan aktiviti pengundian sebenar mengikut langkah-langkah yang ditetapkan oleh SPR.
Adik Mohamad Azfar Aiman Bin Mohd Zainnul Ariffin dari SMK Kundasang pula berkata, aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sekaligus dapat merasakan suasana hari mengundi sebenar.
Selain itu, bagi Adik Cassie Iswell Bailon pula berkata, “walaupun saya masih belum mengundi, tapi ini merupakan asas yang perlu saya ketahui dan saya bersyukur sebab program ini memberikan satu ilmu pengetahuan yang baharu bagi saya,” ujarnya.
Program Jiwa Madani@ Kelab Malaysia ku Daerah Ranau melibatkan empat buah sekolah di Daerah Ranau iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang, Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh, Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Lohan.