ADVERTISEMENTspot_img

Shahidan bersama isteri meriahkan Perhimpunan Bulanan PL dan Semarak Aidilfitri

SHAHIDAN beramah mesra bersama pemimpin masyarakat (ketua-ketua kampung) yang turut hadir memeriahkan Semarak Aidilfitri di Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan.

LABUAN: Kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim bersama isteri Datin Shamsiah M. Yassin pada majlis Perhimpunan Bulanan Perbadanan Labuan (PL) dan Semarak Aidilfiri telah memeriahkan sambutan tersebut yang diadakan di Plaza Berpayung Kompleks Sukan Laut Labuan, pada Isnin.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Santhara Kumar A/L Ramanaidu, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Wilayah Persekutuan, Datuk Ruzain Idris dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Sosio Ekonomi), Kementrian Wilayah, Dato’ Parang Abai @ Thomas.

Program Perhimpunan Bulanan Perbadanan Labuan dan sambutan Semarak Aidilfitri turut dihdiri hampir 1,000 orang warga Labuan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin masyarakat setempat, kakitangan agensi kerajaan dan swasta.Program anjuran Perbadanan Labuan (PL) itu turut mengundang artis jemputan Baby Shima sambil mendendangkan beberapa buah lagu untuk hiburan orang ramai yang hadir.

SHAHIDAN dan isteri bersama Baby Shima yang hadir pada Perhimpunan Bulanan PL dan Semarak Aidilfitri.

Terdahulu Shahidan dalam ucapannya menjelaskan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) sentiasa komited untuk memperkenalkan inisiatif baharu bagi mensehjahterakan rakyat di ketiga tiga wilayah, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Untuk Labuan katanya, KWP telahpun membuat penghangtaran keperluan  makanan asas secara berperingkat menerusi penerbangan ihsan Tentera Udara Di Raja Mal;aysia (TUDM) sebagai langkah bagi mengatasai  kekurangan bekalan.

Dalam pada itu, beliau juga mahu Labuan terus bersaing dalam arus pembangunan  dengan meningkatan kehadiran pelabur  untuk melabur di pulau bebas cukai ini.

Menyentuh mengenai pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan yang kosong sejak 7 bulan lalu, beliau telahpun bersetuju untuk meluluskan pelantikan seorang anak jati Labuan (tanpa menyebut nama) dan ketika ini menunggu pihak Jabatan Perkhidmatan  Awam (JPA) untuk mengeluarkan surat pelantikan dan pengesahan jawatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN