28.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Setiausaha Politik PM lakukan kunjungan hormat terhadap KPE Perbadanan Labuan

Gambar: CENDERAHATI…. Haji Rithuan (empat dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Azman sempena Kunjungan Hormat tersebut.

Labuan: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azman Abidin melakukan kunjungan hormat  keatas Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail, di pejabatnya  Tingkat 4 Wisma Perbadanan Labuan, pagi ini (Isnin).

Dalam pertemuan hampir satu jam itu, Azman yang turut diiringi oleh beberapa pegawai dari Pejabat Perdana Menteri itu telah diberikan taklimat mengenai Pembangunan Labuan (Labuan  Development Blue Print-2030)   yang disampaikan oleh Pengarah Perancangan dan Kawalan Bangunan Perbadanan Labuan, Mursidin Ismail.

Azman yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Labuan bagi meninjau dan mendapatkan maklumat terkini mengenai isu-isu pembangunan Labuan yang membabitkan keperluan rakyat antaranya, masalah gangguan bekalan air, rancangan pembinaan jambatan, kos sara hidup yang tinggi,   masalah tiket penerbangan yang agak mahal dan masalah penguatkuasaan pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan.

Turut hadir, Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah yang juga Ketua Cabang PKR Labuan, Simsudin Sidek dan Timbalan Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Fadhilah Mahmud.

Selain mengadakan kunjungan hormat, Azman bersama rombongan turut meninjau mengenai ketibaan pertama Kumpit (Transhipment activity Labuan) dari Tawi Tawi Filipina.

Sementara itu, Azman ketika ditemui media, turut memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Labuan pada 31 Mac depan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN