30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

RANAU CATAT 1,680 INDIVIDU TERIMA VAKSIN DALAM TEMPOH 4 HARI (8-11 JUN)

MENUNGGU GILIRAN Sebahagian  penerima suntikan Vaksin Covid-19 di Dewan Masyarakat Ranau.

0leh: Jainuddin Nasir

RANAU: Masuk hari ke empat berturut-turut, (8-11 Jun 2021) mencatatkan  seramai 1,680  orang warga daerah ini telah selesai mengikuti program Imunisasi Vaksin Covid-19, 3.0 kebangsaan di Dewan Masyarakat Ranau.

Mereka yang terlibat adalah kebanyakan menerima suntikan vaksin pertama dan yang lainnya adalah suntikan vaksin kali kedua.

Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan daerah Ranau, Dr.Edwaider Koimon selaku pegawai penyelaras program memberirahu proses suntikan pemberian suntikan adalah berjalan lancar dan teratur dengan kerjasama semua petugas termasuk babtuan daripada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Rela.

Menurutnya, pada 8 Jun seramai 358 orang berjaya mendapatk suntikan, 9 Jun(430 orang), 10 Jun (358 orang) dan hari ini (11 Jun) melibatkan 534 orang telah bejaya disuntik vakain jenis Pfizer.

“Program pemberian vaksin ini, akan besambung esok dan beberapa hri akan datang berdasarkan  arahan pihak Kementerian Kesihatan Makaysia (KKM)”, jelas Dr.Edwaider, sambil mengharapkan kepada mereka yang sudah mendapat pemberitahuan  jadual mereka supaya datang ke lokasi yang ditetapkan untuk menerima suntikan.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN