33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sesi Libat Urus MCMC, PL berkenaan maklum balas isu Telekomunikasi

Sesi Libat Urus MCMC, PL berkenaan maklum balas isu Telekomunikasi

GAMBAR: LIBAT URUS…Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (MCMC), Datuk Dr Fadhullah Suhaimi Abdul Malek (duduk) mendengar taklimat pada sesi libat Urus di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Sungai Labu.

LABUAN: Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC)  dengan kerjasama Perbadanan Labuan telah menganjurkna libat urus  berkaitan maklum  balas telekomunikasi  bersama pemeggang taruh  yang telah diadakan di Wisma Perbadanan Labuan, pada Sabtu lalu.

Sesi libat urus tersebut dihadiri  Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Ketua Pegawai Eksekutif, wakil agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) serta wakil syarikat perkhidmatan rangkaian telekomunikasi.

Hasil maklum balas yang diperolehi daripada sesi libat urus ini akan membantu pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam merencanakan tindakan-tindakan susulan untuk menambah baik aspek capaian Internet dan kesalinghubungan di wilayah berkenaan.

Bagi Wilayah Persekutuan Labuan, MCMC secara amnya menyasarkan capaian 100% liputan 4G di kawasan berpenduduk pada penghujung tahun ini. Sasaran tersebut adalah seiring dengan aspirasi Nasional melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang menetapkan capaian 100% 4G di kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia untuk dicapai menjelang tahun 2025.

MCMC dalam satu kenyataan media berkata, Wilayah Persekutuan Labuan, setakat suku keempat tahun 2021 yang lalu, tiga (3) daripada lima (5) menara komunikasi baharu di bawah Pelan JENDELA telah siap sepenuhnya. Dua (2) lagi menara komunikasi baharu sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap beroperasi pada penghujung suku kedua tahun 2023.

Selain itu, sebanyak 86 tapak struktur pemancar komunikasi telah siap dinaik taraf kepada 4G. Manakala, 12 tapak lagi sedang giat dilaksanakan dan ianya dijangka siap secara berperingkat sehingga penghujung tahun 2022. 

Turut dilaksanakan ialah kerja-kerja penyambungan rangkaian gentian optik. Sehingga suku keempat 2021, sebanyak 2,353 premis di Labuan telah siap dipasang dengan gentian optik manakala kerja-kerja pemasangan gentian optik di 3,543 premis lagi di sekitar Labuan sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap secara berperingkat sehingga penghujung tahun 2022. Peluasan rangkaian gentian optik ini secara amnya melibatkan kawasan-kawasan perumahan, komersial, industri dan institusi.

Menerusi pelaksanaan inisiatif-inisiatif berkenaan, ianya bakal mengubah taraf kehidupan penduduk di Labuan selain membantu meningkatkan tahap kemahiran diri penduduk dalam berhadapan dengan era digital yang pesat berkembang seiring dengan kemajuan teknologi global.  

Bagi para penduduk di Labuan yang ingin mengetahui status liputan rangkaian perkhidmatan jalur lebar tempat tinggal mereka ataupun membuat aduan kepada pihak penyedia perkhidmatan boleh berbuat demikian dengan melayari JENDELA Map di pautan https://jendela.my.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN