25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai tujuh Pesuruhjaya Pengakap Daerah terima tauliah PPMCS

Davy Geoffrey menyampaikan cenderahati kepada Datuk Awang Zaini (kiri).

KENINGAU:Seramai tujuh orang Pesuruhjaya Pengakap Daerah telah menerima tauliah pada Majlis Penyampaian Surat Lantikan Jawatan Dan Pelanjutan Tugas Pesuruhjaya PPMCS Bahagian Pedalaman Atas yang diadakan di salah sebuah resort ternama didaerah ini baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada Nawong Jubilik ,Pesuruhjaya Pengakap Daerah Keningau, Christopher Anduru Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tambunamn, Fazri Usidi Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kecil Sook, Jasri Joe, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kecil Kemabong, Azli Atil Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tenom, Benedict Guuk Pesuruhjaya Pengakap Bingkor  dan Christopher Pung Pesuruhjaya Pengakap Daerah Nabawan.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah Datuk Dr. Awang Zaini Bin Haji Suntim. 

Antara Pesuruhjaya Pengakap Daerah Bahagian Pedalaman Atas yang menerima Surat Lantikan Jawatan.

Turut hadir menerima tauliah pada masa tersebut ialah Pesuruhjaya Kawasan Zon Bahagian Pedalaman Atas  Ahmid Haris dan Sami Jiman. 

Datuk Dr. Awang Zaini dalam ucapannyamenegaskan agar Pengakap di Bahagian Pedalaman Atas haruslah sentiasa bekerjasama, bersatu padu dan senantiasa menurut kepada undang-undang Pengakap dalam memajukan pergerakan Pengakap di peringkat bahagian serta sentiasa kekal aktif. 

Beliau juga berharap agar semua Pesuruhjaya Daerah yang baru di lantik akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, komited serta sentiasa peka dengan pendaftaran kumpulan Pengakap di daerah. 

Sementara itu Pengerusi Penganjur merangkap Pesuruhjaya Bahagian Pedalaman Atas Davy Geoffrey  merangkap Pesuruhjaya Bahagian Pedalaman Atas menyatakan bahawa Pengakap Bahagian pada tahun ini akan memfokuskan untuk mendaftarkan kumpulan Pengakap di sekolah.

Katanya, ini bagi membolehkan mereka dapat menjalankan aktiviti tanpa kekangan dan bergiat aktif sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat daerah, bahagian, Negeri dan Kebangsaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN