32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lima kakitangan Pejabat Daerah Ranau terima anugerah sempena APC 2022

KENANGAN… Faimin dan Jumain (tengah) merakam gambar bersama sebahagian kakitangan Pejabat Daerah Ranau sempena majlis itu.

RANAU: Seramai lima kakitangan Pejabat Daerah Ranau (PDR) menerima anugerah sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2022, di sini pada Khamis.

Penerima didahului Setiausaha Pejabat/Pembantu Khas (PA) Pegawai Daerah Ranau, puan Ivy Joseph Suimin, yang menerima Anugerah Khas Pegawai Daerah Ranau.

ANUGERAH KHAS..Ivy (kanan) menerima anugerah disampaikan Jumain, sambil disaksikan Faimin dan yang lain.

Empat penerima lain bagi ketagori APC, masing-masing diterima oleh Nurul Huda Udin Abdullah, Juhainin Namin, Noor Erlina Marcus dan Amilin Simin.

Turut diraikan pada majlis itu ialah tiga pelajar praktikal yang telah menerima sijil penghargaan. Kesemua anugerah dan sijil telah disampaikan Pegawai Dearah Ranau, Jumain Abdul Ghani.

PENERIMA APC…(dari kiri) Nurul, Noor Erlina..(dari kiri) Juhainin dan Amilin

Majlis APC yang berlangsung di Dewan Chon Chu Kung, di sini turut dimeriahkan dengan sambutan perayaan Krismas dan tahun baru 2023.

Suasana meriah diserikan lagi dengan persembahan koir, nyanyian karaoke, persembahan kanak-kanak, meraikan kakitangan yang lahir pada bulan Disember, sesi bertukar hadiah antara kakitangan PDR dan cabutan tiket bertuah.

King & Queen of the Night…Jasdeep (kiri) dan Ivy (kanan), merakam gambar bersama Faimin dan Jumain.

Majlis bertambah seri dengan kehadiran mantan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah, Datuk Haji Faimin Kamin. Turut hadir, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan, Hisyamudin Harun, Penolong Pegawai Daerah Ranau, Hasinin Kinsim (Pentadbiran), Marcelus Joannes (Pembangunan) dan Farihah Mohd Jamian (Pembangunan).

Kemuncak majlis yang berakhir kira-kira 10.30 malam itu, menyaksikan Ivy Suimin dan Jasdeep Kartap, masing-masing dinobatkan sebagai pemenang ‘Best Dress’ (King & Queen of the Night).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN