27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 80 ahli industri kewangan sertai Persidangan MFAIC kali ke 24

CENDERAHATI…. Dr Ricky (kiri) menyampaikan cenderahti kepada Nik Mohamed Din selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan itu

LABUAN: Seramai 80 peserta yang terdiri daripada pendidik, penyelidik dan ahli industri kewangan dari seluruh negara, termasuk negara asing dari Brunei dan Indonesia menyertai Persidangan ke 24 Malaysian Finance Association International Conference (MFAIC) 2022  yang diadakan di Hotel Grand Dorsett, dekat sini.

Persidangan yang dianjurkan bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan  Malaysia Finance Association (MFA) itu diadakan secara bersemuka dan juga atas talian yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 7  hingga 9 September 2022.

Menurut Pengerusi Penganjur MFAIC  yang juga Pensyarah Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Dr Ricky  Chia Chee Jiun, persidangan  tiga hari itu  merupakan platform untuk berkongsi pengalaman dan idea  berkaitan sistem  kewangan untuk perkembangan ekonomi selepas pasca pendamik.

“ Kami berharap  persidangan ini akan dapat  memberi manfaat  kepada ekonomi, perniagaan dan kewangan serta pelancongan  khususnya untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan juga  negara” katanya ketika ditemui pada hari pertama persidangan tersebut.

Sementara itu, majlis perasmian dan pelancaran persidangan ini disempurnakan oleh  Pemangku Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Raman Noordin secara dalam talian.

Sementara itu, Ketua Pengarah  Labuan Financial Service Authority (Labuan FSA), Nik  Mohamed Din  turut hadir untuk menyampaikaan ucaptamanya bertajuk ‘Future Development in Financial Sector’.

Hadir sama,  Deputy Principal Officer China Contruction Bank Corporation (CCCB) Cawangan Labuan,  Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Neurogine  (Malaysia), Owen Chen, Dekan FKAL, UMSKAL, Prof. Madya Dr. Geoffery Harvey Tanakinjal, Presiden MFA, Prof. Dr. Mansor Ibrahim dan  Mantan Presiden MFA, Dr. Catherine  Soke Fun Ho.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN