Abdul Ghani menyampaikan Peranti Siswa kepada salah seorang pelajar.
KENINGAU: Seramai 708 orang pelajar Tingkatan Enam dalam golongan keluarga B40 menerima tablet Peranti Siswa di daerah ini.
Menurut Pengerusi Majlis Pemuafakatan Tingkatan Enam Negeri Sabah, Abdul Ghani Ajim, penyerahan tablet peranti siswa berkenaan merupakan usaha kerajaan selaras dengan keperluan sistem pendidikan kini yang lebih tertumpu kepada dalam talian.
Abdul Ghani yang juga Penolong Kanan Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau berkata, bantuan kerajaan ini amat bermakna kerana mampu membantu memberi impak positif terhadap motivasi dan pembelajaran pelajar.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Peranti Siswa Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Keningau di Dewan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau.
Beliau berharap kepada semua penerima agar dapat memanfaatkan sebaiknya tablet Peranti Siswa berkenaan dalam meningkat tahap pengetahuan dan pembelajaran masing-masing.