27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 70 orang Ahli PVATM cawangan Ranau terima sumbangan

Antara penerima ialah, Alexadra Bin Enson yang menjalani pembedahan  kerana pendarahan otak.

RANAU:  Seramai 70 orang Ahli persatuan Pesara Veteran Angkatan  Tentera Malaysia (PVATM) Sabah cawangan Ranau, telah menerima sumbangan kotak berisi makanan  daripada PVATM negeri yang diadakan Ranau baru-baru ini.

Bantuan serupa turut diterima para ahli di Telupid pada 22 Disember 2021 yang disempurnakan  Timbalan Persatuan PVATM Sabah, Ruhimin Bin Japar manaka di Ranau telah disempunakan  Pengarah JHEV  PVATM  Sabah, Majer Noor Khairi Bin Abd Rahman menyampaikan kepada Ketua Cawangan PVATM Ranau, PW-11 (B)Albert Chang  yang  seterusnya menyerakan bantuan itu  kepada para penerima pada 24 Disember lalu.

Sesungguhnya sumbangan itu merupakan satu inisiatif  untuk membantu para ahli yang terkesan dengan pandemik Covid-19 khususnya para ahli persatuan yang sakit,  dan veteran daif OKU dan balu.

Majer Noor  dalam ucapannya, menggesa para ahli PVATM supaya sentiasa memupuk perpaduan, persaudaraan dan toleransi sedia terjalin dan berbudaya bantu-membantu dikalangan mereka selain memberi penjelasan kepada masyarakat setempat agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan bagi menghindar daripada pandemik Covid-19 yang kini masih menular seluruh dunia termasuk Malaysia.

Beliau menjelaskan, sumbangan itu merupakan program  MINDEF Prihatin dan program ‘Bantu-Bantu Malaysia’ kepada Veteran ATM.

“Tanggungjawab dan peranan para pesaran ATM  masih diperlukan bukan sahaja  berfungsi sebagai ‘Mata dan Telinga’ kerajaan dalam menjaga keselamatan negara malah dalam aspek membantu menjaga kesihatan masyarakat setempat”, jelasnya.

Beliau juga mengajak para ahli persatuan agar sentiasa peka terhadap perkembangan semasa dan bersiap-siaga menghulurkan bantuan jika diperlukan.

“Kita semua harus membudayakan kesiap-siagaan dalam membantu apa juga situasa semasa mengikut kemampuan kita”, tambah Albert.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN