Kisah (kiri) menyerahkan borangĀ menyartai Bersatu (GRS) kepada Datuk Amisah diperhatikanĀ Datuk Jonathan bersama Datuk Michael dan yang lain.
RANAU: Seramai 60 orang dari pelbagai parti pembangkang sekitar kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) N.38 Paginatan di sini, bertindak keluar parti asal mereka untuk menyertai parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)Bersatu, kawasan Parlimen P.179 Ranau.
Kebanyakan mereka yang meninggalkan parti ialah, ahli UMNO telah menyerahkan borang mereka menerusi wakil masing-masing yang kemudiannya menyerahkan kepada Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Ranau, Datuk Amisah Yassin(ADUN) dilantik disaksikan mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin dalam satu majlis santai di Dewan Mini Kg.Paginatan Ranau baru-baru ini.
Daripada 60 orang itu, adalah dari Kg.Paginatan (50 orang) diwakili Kisah Binti Jaimin manakala 10 orang lagi dari Kg.Lungkidau diwakili Pengerusi JPKK kampung itu, Asidin Bin Sapanggal.
Hadir sama pada majlis itu ialah, Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Ranau, Datuk Michael Y.Dunggi dan Staff Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.
Beberapa orang yang sempat ditemui selepas majlis itu memberitahu, keputusan mereka untuk meninggalkan parti lama mereka dan menyergai Betsatu, adalah atas sebab kerelaan, kesedaran dan keputusan mereka sendiri tanpa dijanjikan sesuatu keistimewaan atau kedudukan.
“Kami keluar parti untuk menyertai ‘Bersatu’ atau GRS, adalah atas kesedaran bahawa hnya menerusi GRS rakyat di Sabah boleh dimajukan dari segi pembangunan infra selain membentuk satu kerajaan yang stabil”, jelas mereka.
Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā