26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 6 Bayi Dilahirkan Sempena Hari Malaysia 16Sept di Ranau.

KENANGAN……….Para ibu dan bayi mereka sempat merakam gambar bersama para Doktor dan Jururawat Hospital Ranau.

RANAU : Sempena sambutan Hari Malaysia ke-57 pada 16 September lalu seramai 6 orang bayi telah selamat dilahirkan di Hospital daerah ini dan semuanya dalam keadaan baik.

Ketua Jururawat Wad Bersalin hospital Ranau, KJ.Kasmiah Binti Ali memberitahu, bayi-bayi ‘Anak Malaysia’ itu semuanya sihat dan telah menerima sumbangan berupa hamper daripada para doktor Perubatan hospital Ranau.

Para penyumbang hamper katanya ialah, Dr.Frendy Francis, Dr.Sunny Eng, Dr.Adriana Juanis, Dr.Via Erwina Jastin, Dr.Hanani Ruzman, Dr.Hingin Chiam Tah Kong dan Dr.Amy Lee Chen Hui.

Sementara bayi yang terlibat dengan jantina dan beratnya ialah bayi pertama lahir pada jam 11.37 pagi bayi lelaki seberat 2.47 kilogram dari Kg.Pahu, disusuli bayi lelaki lahir pada jam 5.55 petang seberat 2.67 kilogram dari Kg.Debut Langsat, bayi ketiga (lelaki) seberat 5.53 kilogaram lahir jam 6.44 petang dari Kg.Kimolohing, bayi keempat (perempuan) dari Kg. Lohan 1 lahir pada jam 8.02 malam seberat 5.24 kilogram, sementara bayi kelima (lelaki) lahir jam10.38 malam seberat 2.57 kilogram dari Kg.Sumaang dan bayi Keenan (perempuan) seberat 2.48 kilogram dari Kg.Kilimu.

Menurut Kasmiah, bayi yang lahir pada setiap 31 Ogos (Anak Merdeka) juga menerima hamper serupa sebagai ucapan tahniah kepada para ibu dan bayi mereka yang sangat bertuah itu yang dilahirkan sempena Hari Bersejarah itu.

Salah seorang ibu bayi yang bertuah itu, Nadia Norimpot dari Kg.Debut Langsat mewakili ibu yang lain merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Hospital Ranau khususnya para Doktor yang menyumbang hadiah hamper kepada anak-anak (bayi bertuah) yang lahir sempena Hari Malaysia tahun ini yang bertemakan ‘Malaysia Prihatin’.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN