27 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 28, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 54 orang hadir Program Taklimat Isu Semasa, anjuran JaPen Ranau

KENANGAN…Para peserta taklimat merakam gambar dengan Sijil masing-masing bersama Insp.Murugan,  Kenny, Melanie dan Mohd.Hisyamuddin.

RANAU: Seramai 54 orang menghadiri Program Taklimat Isu Semasa, anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) daerah Ranau di ruang legar pejabat itu baru-baru ini.

Program kali ke-3 itu, banyak berkisar mengenai kes Jenayah Scammer yang telah disampaikan Pegawai Cawangan Jenayah Komersial Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ranau, Insp.Murugan Anak Lelaki Doraya disusuli taklimat Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) oleh Pegawai JaPen daerah Beluran, Cik Melanie  Marcellina sementara majlis Penangguhan Taklimat setengah hari itu telah disempurnakan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)N.38 Paginatan, Mohd.Hisyamuddin Bin Harun.

Mohd.Hisyamuddin dalam ucapannya, memuji inisiatif dan usaha JaPen Ranau dibawah kepimpinan Pegawainya, Kenny Thomas kerana berjaya menganjurkan Taklimat Semasa  yang amat penting itu dengan menyasarkan kaum ibu (suri rumah), ahli-ahli persatuan dan kakitangan awam sebagai peserta.

“Kita juga berterima kasih atas kehadiran tuan Insp.Murugan dan Cik Melanie  menyampaikan taklimat sempena program ini”, jelas Mohd.Hisyamuddin.

Menurutnya, para peserta menjadi agen penyampai semula isu-isu atau maklumat yang ditaklimatkan berkaitan pelbagai penipuan menerusi Scammer.

“Kamu adalah mata dan telinga  untuk membantu masyarakat menyampaikan maklumat sahih berubung dengan bahaya terlibat dengan kes-kes penipuan menerusi agen-agen Scammer dengan pelbagai cara.

“Kita kena berhati-hati, jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis  dan pujuk rayu mereka yang hanya mau mengaut keuntungan menerusi cara penipuan”, tegas Mohd.Hisyamuddin.

Sementara Kenny dalam ucapan aluannya, berterima kasih atas kehadiran peserta dan memaklumkan akan ada lagi program seumpama itu pada masa akan datang  dengan melibatkan lebih ramai peserta.

“Kita akan lihat ruang dan peluang yang sesuai dengan melibatkan lebih ramai lagi peserta”, jelas Kenny.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN