25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SERAMAI 500 AHLI BAHARU SERTAI PARTI, BUKTI UPKO DIHATI RAKYAT

Madius menerima 500 borang kemasukan ahli baharu.

TELUPID – Parti Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) terus mendapat tempat dihati rakyat Telupid dengan kemasukan 500 ahli baharu yang dilihat mampu memperkukuhkan wadah perjuangan berterusan parti.

Penyerahan borang diterima oleh Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau semasa Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya UPKO N. 47 Telupid, di sini, rabu.

Menurut Madius, keutamaan perjuangan UPKO tidak pernah lari dari prinsip asal iaitu perjuangan untuk rakyat secara progresif dan inklusif.

“Kita sebagai parti tempatan sudah tahu dan faham apa yang rakyat Sabah mahukan. UPKO tidak pernah lari dari prinsip dan perjuangan mempertahankan hak-hak dan keharmonian kita orang Sabah yang selalu dipertikaikan dan tidak dipedulikan oleh parti-parti Malaya,”katanya.

Madius berkata Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 merupakan ibu kepada semua pilihanraya.

“Pilihanraya kali ini merupakan ibu kepada semua pilihanraya kerana inilah penentu. Apakah orang-orang Sabah mahu memilih UMNO atau parti sekutunya untuk memerintah di Sabah? Memilih parti seperti PAS yang tidak menghormati perpaduan dan keharmonian di Sabah yang sudah memang semua sedia maklum dengan perkahwinan campur dan hubungan keluarga yang hidup rukun dan damai walaupun kakak, abang atau adiknya berlainan agama.

“Sanggupkah kita menggadaikan keharmonian keluarga dan masyarakat dengan memilih pemimpin yang langsung tidak hormat, tidak faham keadaan kita di Sabah dan langsung tidak memikirkan sensitiviti dan kesan buruk bukan sahaja untuk penganut Kristian tetapi orang beragama Islam kerana kita di Sabah semua ada berkaitan keluarga.

“Perpaduan yang kita ada di Sabah bukanlah satu perkara yang kita boleh ambil mudah, ini adalah nadi dan jiwa masyarakat di Sabah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya.

UMNO dan sekutunya senantiasa mencari ruang untuk mengelirukan rakyat Sabah, Madius berkata taktik yang digunakan ini adalah cara untuk menjatuhkan UPKO.

“Kita harus tolak sekeras-kerasnya UMNO dan sekutunya dan kalau kita lihat rakyat Sabah sudah melakukan perubahan itu di Pilihanraya Umum lalu. Jadi saya yakin yang rakyat Sabah tidak akan terpedaya dan akan ambil peluang di PRN ini untuk menghalau UMNO dan sekutunya keluar dari Sabah,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN