32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 410 pelajar sertai perkhemahan unit beruniform SMK.Matupang Jaya

Antara Unit Beruniform yang menyertai Perkhemahan Perdana  tersebut.

RANAU: Seramai 410 pelajar terdiri dari 7 Unit Beruniform SMK.Matupang Jaya di sini, menyertai program Perkhemahan Perdana tahunan sekolah itu baru-baru ini.

Tujuh Unit Beruniform  terlibat ialah, Persatuan Puteri Islam Malaysia(PPIM), Pandu Puteri, Kadet Polis, Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM),Kadet Bomba, Persatuan Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah(KRS).

Perkhemahan tiga hari itu (19-21 Oktober) telah dibimbing oleh guru- guru berpengalaman dan bertauliah yang mengendalikan pelbagai aktiviti, manakala perasmian penangguhan telah disempurnakan Penolong Pegawai Pendidikan  Daerah, Unit Pembangunan Bakat (Kokurikulum) Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Jaminus Agang.

Jaminus dalam ucapanya antara lain, memuji guru-guru sekolah berkenaan kerana berjaya menganjurkan perkhemahan itu untuk memberi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baharu untuk diaplikasi dalam pembelajaran harian serta kehidupan akan datang para pelajar.

“Kita mengharapkan semua peserta telah mendapat input baru sepanjang program Perkhemahan Perdana ini untuk diaplikasikan dalam pembelajaran harian dan masa depan pelajar”, jelas Jaminus

Hadir dan turut berucap mewakili sekolah ialah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Matupang Jaya Ust.Jusidin Bin Kodsingin mewakili Pengetua manakala berucap mewakili peserta ialah, Penghulu peserta, Glenn Adem Valentine

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN