30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 40 orang wanita mengikuti kursus ‘ Y Two Three-SP Zero Four Zero’

GEMBIRA….  Peserta kursus (memangang sijil) merakam gambar bersama Datuk Jonathan (belakang), Cik Irene dan Dr.Jain.

RANAU: Seramai 40 orang wanita mengikuti kursus ‘ Y Two Three-SP Zero Four Zero’ (Y23-SPO40) Ke Arah Mesra Alam, Tanaman dan Edilblefolwer di  bangunan Rumah Hijau Dumowongi Bundu Tuhan Ranau.

Program itu juga akan menambah Fasiliti Pusat Latihan Komuniti yang kini akan menjadi pusat Edu-Agrotourim kepada orang awam tentang Herba dan Bunga-Bunga yang boleh dimakan.

Kursus yang di diadakan secara berperingkat selama empat
bulan bermula Ogos lepas itu, merupakan anjuran  Dumowongi dan biayaan daripada  All-Party Parlimentary  Malaysia Sustainable Development Goals(APPM-SDG).

Majlis Penutupan kursus telah disempurnakan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin di Bangunan Rumah Hijau Dumowongi Bundu Tuhan.

Datuk Jonathan dalam ucapanya antaralain,  menyarankan golongan wanita supaya bijak memilih projek yang boleh diusahakan sendiri bagi membantu menambah pendapatan keluarga malah boleh dipasarkan  hingga ke luar negeri jika diusahakan dengan kaedah yang baik.

“Sudah tiba masanya kaum wanita menonjolkan diri untuk maju mengusahakan apa juga  bidang yang boleh memberi manfaat dan keuntungan yang lebih lumayan seperti tanaman pokok Bunga Ros dan sebagainya selain tanaman biasa seperti berkebun sayur “, jelas Datuk Jonathan dan memberi contoh kursus Y23-SPO40 itu adalah satu projek yang baharu diperkenalkan boleh memberi  pulangan yang tinggi jika dijalankan dengan bersungguh-sungguh.

“Saya mengharapkan kepada semua peserta kursus ini agar mempraktikkan segala ilmu pengetahuan yang diperolehi sepanjang mengikuti kursus untuk kemajuan diri sendiri dan keluarga.

“Kita juga berterima kasih kepada pihak Dumowongi kerana berinisiatif menganjurkan kursus ini bagi membantu golongan wanita untuk memajukan diri menerusi bidang Y23-SPO40”, tambah Datuk Jonathan.

Majlis berakhir dengan penyampaian Sijil Kehadiran kepada semua peserta dan cenderakenangan kepada Datuk Jonathan.

Turut hadir dan berucap ialah, Pengerusi Penganjur, Cik Irene Mositol dan Ketua Rentas Parti Parlimen Malaysia (Ketua Koordinator Wilayah APPM-SDG), Dr.Jain Yassin.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN