Jonathan (kanan)Â menerima 40 borang keahlian PKN belia Kg. Libang disampaikan Naidin disaksikan yang lain.
RANAU: Seramai 40 orang belia tampil mendaftar menganggotai ahli Penggerak Komuniti Negara (PKN) peringkat Kg.Libang di sini, baru-baru ini yang telah dirasmikan Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri(KDN) merangkap Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.
Jonathan dalam ucapanya, memuji belia Kg.Libang kerana berjaya membentuk Jawatankuasa PKN yang amat penting itu sebagai antara NGO yang menjadi saluran memupuk perpaduan dikalangan Komuniti tanpa membezakan suku kaum, agama dan fahaman politik.
Menurut Jonathan, PKN bukan pertubuhan politik, sebaliknya berperanan memberi bimbingan dan menjelaskan kepada penduduk tentang usaha-usaha kerajaan membantu masyarakat setempat untuk maju selain menjadi saluran kerajaan bagi mempertingkatkan langkah memutuskan rantaian penularan Covid-19 yang kini menjadi wabak seluruh dunia.
“Saya selaku Pengerusi PKN Ranau, punya tanggungjawab untuk menasihatkn penduduk supaya sentiasa mematuhi (SOP) seperti arahan kerajaan bagi memutuskan rantaian Covud-19”, jelas Jonathan.
Berucap sama mewakili penduduk ialah Pengerusi program, Naidin Yomou.
Sempena program itu Jonathan telah diiringi melawat Pusat Bombon sungai Mansahaban dekat Kg.Libang menempatkan pelbagai spesis ikan jinak berpotensi menjadi lokasi pelancongan menarik di kampung itu pada masa akan datang.
Jonathan mengakhiri ucapannya dengan meluluskan peruntukan berjumlah RM800 untuk Persatuan Wanita Kg.Libang dan RM38 ribu lagi untuk MPKK Kg.Libang.
Hadir sama ialah, Hussin Jirat (Setiausaha Sulit) Jonathan, Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Rostinah Yomou, MPKK Kg.Libang, Asrin Bin Lumat bersama lebih 60 penduduk yang lain.