33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 350 Penduduk Kampung Nuntunan Terima Bantuan Bakul Makanan.

Robert ketika menyampaikan bantuan bakul makanan untuk diagihkan kepada penduduk Kampung Nuntunan Apin-Apin yang menjalani PKPD.

KENINGAU: Penduduk Kampung Nuntunan Apin-Apin, Keningau yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula sejak 16 September lalu sehingga 29 September ini menerima bantuan bakul makanan daripada wakil rakyat Bingkor, Datuk Robert Tawik.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya telah menyampaikan sejumlah 350 bantuan bakul makanan kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang menjalani PKPD di kampung tersebut.

ā€œKita akan memastikan kebajikan mereka terjaga ketika menjalani PKPD ini dan tiada satu KIR pun yang akan tercicir daripada menerima bantuan bakul makanan. Ini bagi memastikan keperluan makanan mereka terjaga.

“Jadi harapan saya juga supaya semua penduduk di kampung ini dapat terus mematuhi peraturan-peraturan, arahan-arahan semasa dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Robert ketika melawat Pos Kawalan di kampung tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan Bantuan Bakul Makanan daripada kerajaan yang disalurkan melalui ADUN Bingkor, di Kampung Nuntunan Apin-Apin, di sini baru-baru ini.

Beliau berharap agar setiap penduduk kampung itu dapat bersabar dan dapat menjaga kesihatan ketika menjalani PKPD ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN