ADVERTISEMENTspot_img

HAWA anjur Bengkel Asas Penjagaan Warga Emas Di Rumah

Simsudin (duduk lima dari kanan) , Fauziah (duduk empat dari kiri) da Mohd Nazim ( duduk enam dari kanan) bersama para peserta bengkel.

LABUAN:Persatuan Wanita Labuan (HAWA) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia(UPM) dan Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (My Ageing) menganjurkan Bengkel Asas Penjagaan Warga Emas di Rumah.

Bengkel selama tiga hari (15-17 Mei) itu telah berlangsung di Dewan Pertubuhan Peladang Negeri Wilayah Persekutuan Labuan dan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simdudin Sidek.

Seramai 30 peserta yang membabitkan golongan hawa daripada pelbagaj latar belakang menyetai bengkel tersebut.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia ( MyAgeing), Prof. Madya Ts. Mohd. Nazim Mohktar dan Pengerusi HAWA, Fauziah Datuk Mohd. Din.

Fauziah ketika berucap berkata, objektif utama bengkel tersebut bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan asas mengenai penjagaan perawatan dan pengendalian warga emas secara sistematik.

Beliau berkata, bengkel tiga hari itu juga diharap dapat menerapkan dan menanamkan rasa kasih sayang, kesedaran, prihatin dan tanggungjawab terhadap ahli keluarga warga emas.

“Melalui bengkel ini para peserta juga dapat meningkatkan kualiti hidup serta mempromosikan penuaan yang lebih sihat, sejahtera dan produktif”, katanya.

Bengkel yang berlangsung dalam suasana harmoni itu menampilkan sesi ceramah oleh pakar dalam pelbagai bidang
yang didatangkan khas dari MyAgeing dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Antara penceramah yang diundang terdiri Dr Wan Arnidawati Wan Abdullah, Ketua Laboratori Gerontologi Sosial (MyAgeing), Najwa Najihah Mohd Azmi, Pegawai Kanan Penyelidikan dan Pakar Tarapi (MyAgeing), Dr. Nur Hafidah Isyak, Pakar Psikiatri dan Ketua Laboratori Gerontologi Perubatan (MyAgeing), dan Dr Nur Aira Abd. Rahim yang merupakan Pengarah Kanan di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Turut menyampaikan ceramah , Prof Madya Ts Dr. mohd Nazim Mohktar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN