Dr.Wan (kiri) dan kakitangan Kesihatan yang lain bersama sebahagian penerima suntikan.
0leh: Jainuddin Nasir
RANAU: Seramai 333 orang lagi warga daerah ini telah menerima suntikan Vaksin sempena program Covid-19 Kebangsaan di Dewan Masyarakat Ranau pagi tadi.
Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Ranau, Dr.Wan Mohd. Haziman Bin Wan Taib ketika ditemui memberi tahu, semua mereka yang menerima suntikan tersebut adalah terdiri dari mereka yang diketagorikan Warga Emas, Barisan Petugas Hadapan dan kakitangan pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.
Daripada jumlah itu, 258 orang adalah penerima suntikan Pfizer dan 75 adalah penerima suntikan Sinovac.
168 adalah penerima dos suntikan pertama dan 90 menerima suntikan dos ke -2.
“Kita mengharapkan kepada mereka yang belum mendaftar untuk divaksinasi supaya mendafar mengikut saluran sahih yang disediakan kerajaan”, jelas Dr.Wan.
Ramai yang sempat ditemui masing-masing berasa lega kerana sudah menunaikan tanggungjawab mereka melengkapkan dua kali suntikan bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada penularan wabak Covid-19.
“Saya sudah memerima dua kali suntikan, bagaimanapun saya tetap mengenakan Pelitup Separuh Muka dan mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter antara individu serta sering membasuh tangan dengan air sabun atau sanitizer bagi memutuskan rantaian Covid-19”, jelas Cik Grazella Maria Bungkilan dari Kg.Sinarut Baru Ranau.

Grazilla Maria