26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 22 orang sertai STAR SABAH di Kg. Ritting Apin-Apin

Haji Mokhsin menyerahkan borang keahlian STARSABAH kepada Robert.

KENINGAU: Seramai 22 orang penduduk Kampung Ritting Apin-Apin Bingkor menyertai Parti Solidariti Tanahair Ku ( STARSABAH) menerusi STARSABAH Bahagian Bingkor.

Ianya diketuai oleh Haji Mokhsin Salleh yang telah menyerahkan borang permohonan keahlian yang kepada oleh Ketua Bahagian STARSABAH Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Hj Mokhsin berkata kemasukannya berserta 22 orang yang lain adalah sebagai tanda sokongan kepada Datuk Robert Tawik @Nordin selaku ADUN N.40 Bingkor untuk menerajui kepimpinan Parti di Peringkat DUN Bingkor.

Katanya, Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah telah menunjukkan gerak kerja dan kepimpinan yang cemerlang terhadap rakyat dan. Kawasannya.

Menurut Hj.Mokhsin,beliau dan peserta lain mengisi borang keahlian parti STARSABAH bukan atas desakan atau permintaan sesiapa,sebaliknya penyertaan mereka ke dalam keluarga STARSABAH adalah secara sukarela dan ikhlas sebagai tanda sokongan kepada Pemimpin yang berkeupayaan membangunkan Kawasan DUN N.40 Bingkor.

Robert yang juga Timbalan Presiden StarSabah mengucapkan terima kasih kerana memberikan sokongan tanpa berbelah bagi kepada beliau untuk terus memimpin di Kawasan N.40 Bingkor.

Syabas diucapkan kepada Tuan Hj.Mokhsin Salleh dan 22 peserta yang lain kerana memilih Parti Solidariti Tanah Airku-STARSABAH sebagai landasan untuk memperjuangkan masa depan dan hak rakyat

Robert berkata Parti STARSABAH sentiasa terbuka kepada rakyat Malaysia yang berada Sabah.

Hadir bersama menyaksikan penyerahan borang adalah Tn.Junior Fred selaku Setiausaha Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor,Ketua PDM St.James Apin-Apin En.Paul Sitampat dan AJK Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor,OKK Daniel Palangi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN