26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 194 Ketua Isi Rumah terima sumbangan sayur-sayuran

SANTUN…..Jaharin (dua kiri) menyampaikan sumbangan sayur kepada Jounin Tompol mewakili penduduk Kg. Mogoho diperhatikan yang lain.

RANAU: Seramai 194 orang Ketua Isi Rumah (KIR) di 9 buah kampung kawasan DUN Karanaan, telah menerima sumbangan berupa sayur-sayuran segar dari Kundasang, menerusi kerjasama Pusat Khidmat Pejabat Parlimen (PKRPPR) di sini, baru-baru ini.

Kampung-kampung berkenaan ialah Kg. Piasau, Kg. Nagaya, Kg. Soyod, Kg. Mogoho, Kg. Sosondoton, Kg. Terolobou, Kg. Ratau, Kg. Tudan 1 dan Kg. Tudan 2, Ranau.

SYUKUR…..Kasmah (kanan), JPKK Kg. Ratau, mewakili penduduk menerima sayur segar Kundasang, disampaikan Ivy.

Penghantaran dan pengagihan sumbangan tersebut dikendalikan kakitangan Pejabat Parlimen iaitu Jaharin Angku, Saoziah Mainin dan Ivy Selvyia Micheal bagi mewakili Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.

Program itu turut dibantu tiga orang sukarelawan iaitu Mahat Bin Saidin, Patricia Asun dan Aj. Dani demi memudahkan penghantaran sumbangan itu berjalan lancar.

TERIMA KASIH…..Saoziah menyampaikan borang penerimaan sumbangan kepada salah seorang penduduk Kg. Tudan 1 dan Kg. Tudan 2, diperhatikan Mahat.

Terdahulu, Jonathan ketika dihubungi memberitahu, para penduduk yang terkesan dengan pandemik Covid-19 di kawasan berkenaan yang belum menerima sumbangan seumpama itu agar dapat bersabar menunggu giliran mengikut jadual yang ditetapkan dalam tempoh terdekat.

“Saya mengharapkan para penduduk dibeberapa buah kampung di kawasan berkenaan, yang tercicir dalam senarai penerima sumbangan tersebut supaya dapat bersabar menunggu giliran untuk menerima bantuan seperti ini, pada masa akan datang dalam kadar segera”, jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN