Kakitangan Pejabat JKM Nabawan menjalankan pendaftaran mangsa banjir.
NABAWAN: Susulan hujan lebat semalam, seramai 38 Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan 158 penduduk terjejas banjir di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di salah sebuah gereja SIB di kampung Salarom Baru Nabawan.
Para penduduk terjejas banjir ini, masing-masing bergerak ke PPS berkenaan semalam sebelum pihak Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Keningau tiba ke lokasi banjir.
Walaupun banjir sungai Mosopoh telah surut ketika ini, para penduduk terjejas banjir masih belum di PPS dan menunggu arahan daripada pihak berkuasa untul pulang ke rumah masing-masing.
Pemandangan Kampung Salarom Baru selepas banjir
Pendaftaran para penduduk terjejas banjir oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Nabawan juga dilakukan untuk rekod penyaluran bantuan berkaitan.
Banjir yang berganda di kampung ini menyebabkan penduduk mengalami kerugian dan kerosakan harta benda.
Selain kerosakan harta benda, tanaman penduduk yang berhampiran tebing sungai turut musnah.
Menurut Pengerusi JPKK Kampung Salarom Baru Ambilek Omopor, banjir yang berlaku di kampung berlaku dua kali berturut-turut ia itu pada malam 29 dan malam 30 Mac.