GIMIKā¦.Penyerahan Smart Card oleh Anita (kanan) kepada Datuk Amisah disaksikan Marsita dan Ketua-Ketua Unit Peladang yang hadir
RANAU: Seramai 150 orang Ketua Unit Peladang Kinabalu menghadiri mesyuarat dan Pelancaran Smart Card Peladang-i di Redhill Resident Tanah Merah di sini pagi tadi.
Mesyuarat yang dijalakan dengan penuh pematuhan SOP itu telah dilancarkan Pengarah Pertubuhan Peladang (PPP) Negeri Sabah, Hajah Anita Binti Haji Misuari yang seterusnya menyempurnakan penyerahan Smart Card Peladang-i.
Mesyuarat berjalan lancar dan teratur mengikut agenda yang telah ditetapkan terutama pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kinabalu (PPK) kali ke-50 tahun 2021 yang akan diadakan pada 14-15 Disember di Dewan Masyarakat Ranau.
Hajah Anita dalam ucapan melancarkan mesyuarat itu, berasa bangga dan memuji PPK Kinabalu kerana berjaya meraih kemajuan dan peningkatan pendapatan dari segi hasil jualan dan produk meraih lebih 200 peratus prestasi dan antara PPK yang paling aktif di Sabah.
“Kita mengharapkan agar PPK Kinabalu terus maju kehadapan menerusi sokongan semua pihak termasuk para ahlinya akan terus bertambah cemerlang”, jelasnya.
Beliau juga mengharapan para ahli PPK Kinabalu akan lebih ramai lagi memiliki Smart Card Peladang-i yang mempunyai banyak kelebihan, faedah dan kebaikan kepada para ahli dan pemilik individu.
“Kemudahan Smart Card Peladang-i itu disediakan pihak Agrobank dan semua ahli PPK Kinabalu berdaftar boleh mendaftar untuk mendapatkan kemudahan tersebut”, tambahnya.
Sejurus mesyuarat itu telah diadakan perasmian Koperasi Jamin Ranau Berhad terletak di Redhill Resident Tanah Merah menyediakan pebagai barangan runcit dengan harga mampu milik.
Turut hadir dan berucap ialah, Pengarah Ahli Lembaga Pengarah PPK kawsan Kinabalu Ranau (ADUN dilantik), Datuk Amisah Yassin manakala menyampaikan taklimat berkaitan Smart Card Agrobank ialah, Pengurus Agrobank Cawangan Ranau, Marsita Binti Mohamad dan Pengerusi Koperasi Wawasan Rakyat Sabah Bhd, Darren Lo menyampaikan taklimat berkaitan Program “Kaki-Kaki Kampung”, satu strategi untuk menentukan lokasi menyalurkan serta pemasaran keperluan penduduk setempat.
Turut hadir ialah, Pengurus Besar PPK Kinabalu Ranau, Muhammad Irwan Bin Maruji, Pengerusi Koperasi Jamin Ranau Bhd, Datin Hajah Jaini Binti Majid dan staff Agrobank Ranau.
Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā