26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SERAMAI 114 AHLI PERSATUAN HAKKA RANAU TERIMA SUNTIKAN VAKSIN

SUNTIKAN DOS PERTAMA…Jonathan (kiri) bersuai kenal dengan para penerima Vaksinasi (dos pertama) Covid-19 di Hospital Ranau.

0leh: Jainuddin Nasir

RANAU: Seramai 114 orang lagi ahli Persatuan Hakka dan Ahli Dewan Perniagaan Tionghua daerah ini, menyertai program Imunisasi Vaksin 3.0 kebangsaan (suntikan dos pertama) di Hospital daerah hari ini.

Ramai yang sempat ditemui berasa lega kerana mereka sudah berjaya menunaikan tanggungjawab  meyahut seruan kerajaan untuk melandaikan jangkitan  pandemik Covid-19.

Program anjuran Lembaga Pelawat Hospital (LPH) Ranau itu, adalah satu inisiatif bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada para ahli.

“Program ini amat penting bagi membantu mereka supaya mendapat vaksinasi  Covid-19 dengan lebih cepat dan teratur”, jelas Pengerusi  LPH, Benedict Gunda.

Hadir memerhati dan bersuai kenal dengan mereka yang di vaksinasi ialah, Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia yang juga Ahli Parlimen Ranau, YB.Jonathan Yasin dan rombonganya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN