27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 1,075 pelajar SMK Bingkor menerima tajaan Pembukaan Akaun i Saraan KWSP

Robert menyerah penajaan  pembukaan Akaun i Saraan KWSP kepada Yang Di Pertua PIBG SMK Bingkor  Robert kepada  Pn. Dorothy Amping.

KENINGAU:Seramai 1,075 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Bingkor Keningau menerima tajaan kewangan untuk Pembukaan Akaun i Saraan KWSP daripada Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @Nordin.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) N.40 Bingkor mengumumkan tajaan itu ketika berucap merasmikan  Hari Apresiasi kecemerlangan pelajar SMK Bingkor di dewan sekolah itu 

“Saya menyokong penuh agar program i-Saraan KWSP ini diperluas dalam kalangan pelajar. Saya  berharap ia dapat memupuk sikap menabung dalam kalangan murid semenjak seawal usia 14 tahun” katanya.

Robert (lima dari kiri)dan guru-guru bergambar bersama sebahagian pelajar yang mendapat tajaan Akaun i Saraan KWSP.

Mengenai dengan Hari Apresiasi kecemerlangan pelajar sekolah itu Robert berkata, ia selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan murid-murid agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. 

Beliau berharap semoga program seperti ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang bukan sahaja untuk murid yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan.

Hadir sama Pengetua SMK Bingkor Alexsius Tingadon, guru-guru Penolong Kanan dan guru-guru.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN