31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SERAH TERIMA TUGAS BERJALAN LANCAR, KINI SIMIUN LOMUDIN KETUA POLIS RANAU YANG BAHARU.

Gambar Atas – Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Mazli Bin Mazlan (tangah) ketika menyaksikan serah terima tugas

0LEH ADUKA JASNIN SUMAN


RANAU – Pegawai Pengurusan Lesen Dan Pendataan, Bahagian Pelesenan, Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Assisten Superintenden Polis (ASP) Simiun Lomudin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Ranau, seterusnya memangku Deputi Superitendent Polis (P/DSP) berkuatkuasa hari ini.
 
Perlantikan beliau bagi menggantikan Deputi Superintenden Polis (DSP), Sammy Newton yang dilantik Ketua Bahagian Kepolisan AM (KBKA) Markas Operasi Pasukan Polis Marin, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/ Ketenteraman Awam (JKDN/KA) Wilayah 4 Kota Kinabalu, Sabah.

Simiun (Kiri) dan Sammy (kanan) – Gambar Fail

Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau di sini dengan patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) dan disaksikan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Mazli Bin Mazlan.

Simiun, 44, merupakan anak jati tempatan dari Kampung Takutan, Ranau yang pertama dilantik menjawat jawatan nombor satu dalam Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) daerah ini dan merupakan Ketua Polis Daerah ke-13 dalam senarai.

Anak kelima daripada lapan orang adik beradik, Simiun memiliki kelulusan Diploma Undang-Undang daripada Universiti Malaya. Beliau mendirikan rumah tangga dengan isterinya yang juga seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Simiun, yang kini genap 23 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menyertai pasukan itu pada 1 Mei 1998 seterusnya dilantik Pegawai Persenjataan IPK Sabah pada tahun 1999 hingga 2003.

Simiun ketika menandatangani Surat Serah Terima Tugas

Beliau seterusnya dilantik sebagai Pegawai Turus Persenjataan Wilayah Persekutuan Labuan bermula tahun 2004 hingga 2005 sebelum bertukar ke jawatan Pegawai Turus Jenayah Berat(D9) JSJ WP Labuan dari  Januari  2005 hingga September 2005, seterusnya dilantik Ketua Polis Balai Labuan pada Oktober 2005 sehingga Mei 2006.
 
Pada Jun 2006, beliau telah dilantik Pegawai Unit Polis Pelancong IPK Sabah sehingga Jun 2007 sebelum beliau menyambung pelajaran di Universiti Malaya selama satu tahun tujuh bulan bermula Jun 2007  sehingga Disember 2008. Selepas tamat pengajian, Simiun kembali bertugas dibawah naungan paji Sang Saka Biru sebagai Pegawai Litigasi Bahagian Perundangan (D5) JSJ IPK Negeri Selangor, dari Jan 2009  hingga September 2011.
 
 
Selepas bertugas hampir dua tahun di IPK Selangor, beliau akhirnya kembali ke negeri kelahiran, Sabah di Bawah Bayu pada Oktober 2011 sebagai Pegawai Penguatkuasa KPKT Cawangan Sabah sehingga Oktober 2017 sebelum bertukar jawatan  sebagai Pegawai Pendataan JPJKK IPK Sabah bermula Julai 2017 sehingga Oktober 2018.

Berkata kepada Borneo Daily Bulletin, beliau menjelaskan pengambilalihan jawatan selaku Ketua Polis Daerah yang baru merupakan suatu tanggungjawab besar yang harus dipikul dengan penuh profesional. Katanya, beliau menyedari bukan mudah untuk menjalankan tugas di daerah kelahiran sendiri, namun beliau akan membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam segenap hal ehwal kepolisan dan masyarakat setempat.

Turut menandatangani dokumen serah menyerah tugas adalah jawatan Pengerusi PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau iaitu Suzey Anak Micheal Lajam kepada Ermelyn Binti Kioh yang disaksikan oleh Datin Fadziah Binti Abdul Hamid, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah

“Saya bukan Pegawai Kebajikan atau Pegawai Biro Aduan Awam untuk Daerah Ranau, sebaliknya saya merupakan seorang Pegawai Kanan Polis. Justeru saya akan mempastikan segala tindakan saya berlandaskan kepada sistem kepolisan yang termaktub dalam Akta Polis 1967 bagi mempastikan seluruh masyarakat di daerah ini terjamin dari segenap sudut keselamatan dan ketenteraman awam”, tegasnya ketika majlis serah menyerah tugas jawatan Ketua Polis Daerah Ranau pada Rabu.

Disamping itu, Simiun turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pucuk Pimpinan Tertinggi PDRM diperingkat Ibu Pejabat Bukit Aman dan Kontinjen Sabah kerana memberikan kepercayaan penuh kepada beliau untuk menyandang jawatan tersebut.

Jelasnya, amanah dan tanggungjawab yang diberikan itu akan dilaksanakan sepenuhnya secara jujur dan berhemah. Antara lain misi beliau adalah memerangi jenayah serta pengedaran dan penagihan dadah yang disifatkan sebagai musuh nombor satu negara di daerah ini.

Sementara itu, mantan Ketua Polis Ranau, DSP Sammy Newton, sebelum ini merupakan Pegawai Teknikal Kapal Ronda PZ 10 dan Pegawai Mekanikal Pasukan Pois Marin Wilayah Timur Kemaman Terangganu bermula tahun Ogos 2001 hingga April 2004.

Pada  16 Ogos 2004 hingga April 2008, DSP Sammy yang berasal dari Kampung Topokon, Tamparuli , telah dilantik sebagai Pegawai Tadbir Marin, Pangkalan Polis Marin Wilayah Timur Kelantan-Pahang, sebelum beliau dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pemerintah Kapal Ronda PX 33 Pangkalan Polis Marin Wilayah 3 Kemaman Terengganu, dari April 2008 hinggalah Januari 2012.

Setelah berkhidmat lebih kurang 12 tahun sebagai anggota dan pegawai Pasukan  Polis Marin, beliau akhirnya bertukar ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Wilayah Persekutuan Labuan sebagai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam / Ketua Trafik, bermula Januari 2012 hingga Januari 2017.

Sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Ranau pada 01 Disember 2019 lalu, DSP Sammy Newton merupakan Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Wilayah Persekutuan Labuan dari Januari 2017 hingga Disember 2019.

Dalam majlis sama, turut menandatangani dokumen serah menyerah tugas adalah jawatan Pengerusi PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau iaitu Suzey Anak Micheal Lajam kepada Ermelyn Binti Kioh yang disaksikan oleh Datin Fadziah Binti Abdul Hamid, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah. -BDB

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN