31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sepasang suami isteri warga emas rentung dalam kebakaran di Kg. Kinapulidan

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN
26 Oktober 2019

RANAU: Sepasang suami isteri warga emas ditemukan rentung dan meninggal dunia dalam kebakaran rumah di Kampung Kinapulidan di sini awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan media berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Haji Yahya Maidin dan isteri, Wasiah Wakadi.

Kedua-dua mangsa berumur 70 tahun ditemukan rentung oleh pasukan bomba di kawasan ruang tamu tingkat bawah rumah tersebut kira-kira jam 5.18 pagi.

Menurut bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.29 pagi seterusnya menggegaskan sepasukan anggota bersama dua buah jentera ke lokasi kejadian.

Operasi diketuai sendiri Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Ranau, Ridwan Mohd Taib bersama lima anggota.

Tiba di lokasi yang terletak sembilan kilometer dari BBP Ranau, pihak bomba mendapati sebuah rumah satu tingkat jenis separuh kekal berukuran 36’X40’ terbakar 80 peratus.

Pasukan bomba segera memadam kebakaran seterusnya mengawal api dari merebak ke tempat lain. Operasi tamat pada jam 8.16 pagi.

Menurut bomba, rumah berkenaan dihuni 20 orang ahli keluarga. Bagaimanapun semasa kebakaran berlaku hanya 18 orang berjaya menyelamatkan diri,

Punca sebenar kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN