ALBUM………Para peserta gotong-royong merakam gambar kenangan bersama Jonathan (tengah), Primus dan Misi (kakitangan Parlimen Ranau).
RANAU: Seorang Warga Emas yang juga Ibu Tunggal, Marianah Bilu 60, Kg. Mokodou terletak kira-kira 60 kilometer dari pekan di sini, merakam penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN), merangkap Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin kerana membantu membina rumah kediaman yang berukuran 18’x 24’ bagi menggantikan rumah lama (usang).
Menurut Marianah, rumah barunya itu meskipun sedang dalam penyiapan namun, beliau cukup berterima kasih kepada Jonathan kerana membantu menyediakan pelbagai peralatan.
MUAFAKAT……..Sebahagian peserta gotong-royong sedang menyimen lantai rumah baru Marianah.
“Rumah baru saya itu, yang akan siap dibina secara bergotong-royong membolehkan saya tinggal dengan selesa dan selamat”, jelasnya ketika ditemui selepas satu gotong-royong yang turut dihadiri oleh Jonathan dan para kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Perhubungan Parlimen P.179 Ranau (PKPPR).
Turut menjayakan gotong-royong itu ialah beberapa kakitangan PKPPR yang diketuai Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Primus Gahun, Group Pantang Mundur (GPM) dan Group Pencari Rezeki (GPR).