27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sentiman Mengaitkan Warisan Mesra PTI Adalah Taktik Busuk Seteru Politik -Awasi

Awasi Ganie

RANAU: Sentimen yang disebarkan secara meluas mengaitkan Parti WARISAN Sabah sebagai mesra PTI adalah taktik busuk yang dimainkan oleh seteru politik bagi memancing undi dalam PRN ketika ini.

Calon WARISAN DUN Karanaan, Awasi Ganie @ Yasin Bin Abdul Ghani berkata usaha keji itu adalah hasil daripada ahli politik BN-Umno yang kini mendapat tempat dalam pemerintahan persekutuan sekarang.

“Sekiranya kita benar-benar memahami isu PTI di Sabah, jabatan Imigresen dan Pendaftaran berada di bawah bidang kuasa Persekutuan. Bagaimana kerajaan negeri Warisan dapat menangani masalah haram walhal kita tidak memiliki kawalan atas kedua-dua jabatan tersebut?

Awasi Ganie mempunyai perancangan yang meluas terhadap kawasan DUN Karanaan

“Kami tahu bahawa isu ini diciptakan sebagai cerita rekaan kerana pesaing kami tidak dapat memberi komen apa-apa mengenai pembangunan dan masalah penting yang lain, jadi mereka cipta sentiment ini, semata-mata kerana sebenarnya Datuk Shafie Apdal berasal dari Pantai Timur dan kerana keturunannya.

“Ini adalah taktik jahat BN-Umno. Sebelum ini, parti DAP mereka labelkan sebagai komunis dan PAS mereka labelkan sebagai pelampau Islam. Tetapi ketika BN-Umno dikalahkan, satu demi satu melompat dan mereka berpaling kepada PAS untuk meminta pertolongan. Apa yang ‘haram’ tiba-tiba menjadi ‘halal’ bagi Umno,” katanya.

Awasi berkata, menteri semasa, Datuk Azmin Ali sebelum ini dituduh terlibat dalam skandal semburit, tetapi setelah menjadi salah seorang yang membantu membentuk kerajaan, semua tuduhan itu hilang.

Awasi ketika berucap dalam ceramah di Kg Rapak Ranau baru-baru ini.

Beliau berkata, taktik kotor ini biasa dilakukan oleh para politikus lawan terutama ketika mereka terdesak, di mana segala macam khabar angin diciptakan untuk menjatuhkan reputasi pesaing politik mereka.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat di sini untuk tidak mempercayai semua pembohongan dan khabar angin yang disebarkan melalui media sosial mengenai kerajaan Warisan dan memastikan bahawa taktik politik kotor seperti itu tidak akan menjadi amalan di Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN