34 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 28, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SENARAI PALSU KAMI TIDAK MENYOKONG ANWAR-BUNG

BUNG..Ahli Parlimen Kinabatangan Timbalan Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan Dato’Sri Bung Moktar Radin (gambar) menafikan dia antara Ahli Parlimen dari Sabah menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu diketuai Presiden PKR, Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Penafian itu dibuat selepas beliau yang juga Ketua Umno Sabah dinamakan antara wakil rakyat Umno yang menyokong Anwar bagi membolehkan beliau menubuhkan kerajaan baharu.

“Saya, tidak tahu menahu perkara ini hanya dimaklumkan berita tersebut diterbitkan di salah sebuah protal dan viral di media sosial dan saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu diketuai ahli Parlimen Port Dickson, sebagaimana yang dilaporkan sebuah portal berita dalam talian,” katanya dalam kenyataanya hari ini.

Beberapa hari lalu,Anwar mengumumkan mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Agong bagi membentuk kerajaan baharu.

Menurut Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah sebagaimana beliau tegaskan beberapa hari lalu sebaik sahaja BN dan gabungan Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan negeri selepas PRN, tumpuan utama ialah memajukan negeri dan memperbaiki taraf hidup rakyat.

” Masa berpolitik sudah berlalu, kita tumpu untuk perhatian membangunkan negeri dan rakyat apa lagi ketika ini Sabah berhadapan dengan gelombang kedua Pandemik Covid-19 kehidupan rakyat semakin terjejas terutamanya di kawasan kawasan diketegorikan ” Red Zone” katanya.

Sementara itu seorang lagi Ahli Parlimen yang disebut sebut menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu in Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin (gambar) menafikan menyokong Pengerusi Harapan (PH) dengan berkata beliau kekal dalam parti UMNO Dan menyokong kerajaan PN

MOHAMAD…Ketua Umno bahagian Kimanis Ahli Parlimen Kimanis

Ketua Umno bahagian Kimanis iti meminta Anwar membuktikanya di Dewan Rakyat bukan di hotel atau sidang media.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN