27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Semarakkan sambutan bulan kemerdekaan, kibarkan jalur gemilang dan bendera negeri.

Yazid (kiri) menyampaikan jalur gemilang kepada KK Jalil (kanan)

KENINGAU:Semarakkan suasana sambutan bulan kemerdekaan dengan mengibarkan jalur gemilang dan bendera negeri bagi membangkitkan semangat cintakan negara dikalangan generasi kini.

Ahli Jawatankuasa Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles berkata, mengibarkan jalur gemilang dan bendera negeri bukanlah satu amalan tradisi pada setiap tahun tetapi ia membawa makna yang lebih mendalam jika ia dihayati.

Katanya, jalur gemilang dan bendera negeri-negeri di negara ini berkibar kerana negara merdeka hasil perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu.

“Tanpa kemerdekaan sudah tentu jalur gemilang tidak akan wujud dan negara terus dikuasai oleh penjajah” katanya selepas menyerahkan jalur gemilang dan bendera negeri Sabah kepada Ketua Kampung Buang Sayang Bingkor KK Jalil Angkub pagi tadi.

Justeru itu katanya, hargailah jalur gemilang dan kibarkan pada bulan kemerdekaan sambil menghayati pengorbanan pejuang-pejuang negara yang terdahulu.

Sementara itu KK Jalil  mengucapkan terima kasih kepada Yazid atas sumbangan jalur gemilang dan bendera negeri itu.

“Dengan adanya sumbangan  ini, ia  dapat menyemarakkan suasana bulan kemerdekaan di kampung kami” katanya.

Turut hadir pada majlis ringkas itu, Pengerusi JPKK Kampung Buang Sayang Bingkor Breadthy Mendiwit.

Breadthy turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN