24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Semangat kerjasama antara jabatan kerajaan dan masyarakat perlu diteruskan bagi kelancaran pembangunan: James Ratib

PENYAMPAIAN BANTUAN….James menyampaikan bantuan wang saku kepada golongan asnaf dari sekitar Daerah Kecil Paitan

PAITAN: Semangat kerjasama antara jabatan kerajaan dan masyarakat di Daerah Kecil Paitan perlu diteruskan bagi melancarkan pembangunan dikawasan tersebut.

Menegaskan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, Datuk James Ratib berkata, kerjasama padu pegawai-pegawai kerajaan dan masyarakat setempat membolehkan pentadbiran daerah kecil itu bertambah maju selain mengurangkan karenah birokrasi.

“Walaupun kita jauh di Pedalaman, namun kerjasama kukuh antara semua jabatan kerajaan dan masyarakat di Daerah Kecil Paitan ini akan berjalan lancar dan budaya ini perlu dipertahankan”. Tegasnya ketika berucap merasmikan Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dun Sugut di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kecil Paitan pada Sabtu.

Sebahagian Ketua-Ketua Jabatan dan pemimpin masyarakat yang hadir

James yang juga Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan I Negeri Sabah berkata, rakyat perlu mensyukuri nikmat keharmonian yang dikecapi bagi mewujudkan suasana toleransi.

Katanya, sambutan hari raya pada tahun ini kebetulan diraikan bersama-sama Pesta Kaamatan yang menunjukkan dua perayaan berbeza iaitu berteraskan keagamaan dan kebudayaan.

Namun demikian jelasnya, kedua-dua perayaan tersebut tidak menghalang masyarakat berbilang bangsa dan agama duduk semeja sambil beramah mesra dalam merayakan perayaan tersebut.

Sebahagian tetamu yang hadir

“Budaya ini perlu dipertahankan demi keharmonian bersama. Justeru itulah kita raikan dua perayaan ini secara serentak”. Katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Penolong Pegawai Daerah Kecil Paitan, Joe Joloning, Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson, Fadlie Yunsir, Pengurus Syarikat Wilmar International dan Jalil Atang, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Sugut serta penduduk setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN