30 C
Kota Kinabalu
Selasa, November 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Semak semula Pelan Taktikal supaya kekal  relevan- Yusup

LABUAN: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan  (JPNWPL), Yusup Haji Mohamad  meminta semua sekttor di jabatan itu  melihat semula Pelan Taktikal masing-masing supaya kekal relevan untuk memacu kemanjadian murid dan kualiti sekolah.

Selain itu, beliau turut menekankan tentang kepentingan meningkatkan  kualiti pengurusan organsasi dan berusaha bersungguh-sungguh dengan cara yang sesuai dalam keadaan yang mencabar supaya sistem penyampaian tidak terjejas.

 “Kita perlu bertindak secara lebih kreatif dan inovatif dalam situasi mencabar sekarang ini bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti peringkat negeri yang berfaedah terutamanya kepada murid-murid” katanya ketika berucap pada Bengkel Kajian Pelan Taktikal Jabatan Pendidikan 2021.

PENYELARAS  bengkel…. Faridah Amit

Sementara itu, Penyelaras  bengkel tersebut, Faridah Amit yang juga Penolong Pengarah di Sektor Perancangan berkata, bengkel ini bertujuan untuk menyelaras semula pelan taktikal berkaitan Key Performance Indicator (KPI) dan sasaran yang ditetapkan sebelum ini.

“Kita maklum bahawa Pandemik COVID-19 telah menukar cara dan kaedah kita melaksanakan aktiviti.

“Di samping itu terdapat halangan aktiviti secara bersemuka dalam kalangan pegawai, guru dan murid. “Justeru bengkel ini memberi peluang kepada semua sektor untuk membuat penyelarasan semula sasaran KPI dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan untuk penggal kedua tahun ini,” katanya.

SESI…. bengkel  yang dibuat secara atas talian.

Jelas Faridah, Pelan Strategik JPWPL dibina untuk tempoh pelaksanaan 5 tahun bermula Tahun 2021 hingga 2025 dengan 10 matlamat strategik bertemakan ‘Pendidikan Komprehensif Minda Kelas Pertama’.

Pelan Taktikal 2021 menggariskan kerja secara tahunan untuk mencapai matlamat strategik.

Hadir sama dalam bengkel tersebut Timbalan Pengarah Sektor Perancangan, Mohd Nizam Yasim,  Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid (SPM), Haji Abdul Rahman Ahmad, Yang DiPertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Labuan, Ismail Abdullah dan Setiausaha Majlis Guru Besar (MGB) Labuan, Abdul Rahman Salim.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN