26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SELAMI SEMANGAT DAN JIWA PEMIMPIN-PEMIMPIN TERDAHULU

Arthur menerima cenderakenangan daripada pihak penganjur.

NABAWAN: Rakyat terutamanya belia diingatkan sentiasa menjiwai dan menghargai semangat perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu yang sanggup berkorban apa sahaja demi membawa kemajuan dan pembangunan untuk anak bangsa terutamanya di kawasan pedalaman tanah air.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup, jasa pemimpin terdahulu seperti OKK Datuk Haji Said Besar Sigoh Bin Singkunan yang telah membuka Kampung Dua (Kampung Ria) pada awal tahun 1969 

telah membolehkan pengwujudan penempatan yang lebih terancang disamping membawa kemajuan kepada kawasan setempat khususnya bagi masyarakat suku kaum Murut.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, generasi hari ini perlu membaca serta mendalami sejarah kehidupan sebelum dan selepas merdeka sekaligus turut mempertahankan nikmat kemerdekaan negara dengan terus mengeratkan perpaduan kaum demi kemakmuran serta keamanan yang tidak dinikmati rakyat negara lain di dunia.

Katanya, memahami dan menghayati sejarah Negara, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan, lagu Negaraku serta menghormati Jalur Gemilang merupakan langkah pertama yang harus diambil oleh setiap individu bagi menerapkan identiti nasional dalam diri masyarakat seterusnya membina kelestarian insan demi kelangsungan negara Malaysia di masa akan datang.

“Sebagai Keluarga Malaysia yang cintakan negara dan tanah air, adalah wajar bagi kita untuk mengenang jasa pemimpin-pemimpin negara yang telah banyak berkorban menyumbang bakti dan jasa demi kepentingan rakyat tanpa memikirkan kepentingan diri, kesukuan, bangsa, mahupun anutan agama serta ideologi politik,” kata  Arthur 

semasa berucap merasmikan Tugu Peringatan OKK Datuk Haji Said Besar Sigoh Bin Singkunan di Bukit Tampanon, Kampung Tiga (Malinja), Nabawan pada hari ini. 

Projek menaik taraf kawasan pelancongan tugu peringatan tersebut akan menjadi salah satu daya tarikan aktiviti pelancongan di daerah Nabawan selain kawasan tumpuan pelancong seperti Batu Kakoum, Batu Punggul dan Malaiu Basin.

Selain menaik taraf kawasan pelancongan, sebanyak 9 projek yang berteraskan rakyat akan dilaksanakan dalam masa terdekat di Daerah Nabawan antaranya pembaikan 

Dewan Terbuka, bina baru Balai Raya, bina baru jalan konkrit dan jambatan gantung yang memberi manfaat kepada penduduk di kawasan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN