26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sekolah Menengah Ugama Al-Hasaniah Marakau hargai sumbangan Jonathan

Ust.Jusidin (kiri) menerima sumbangan disampaikan Sapilin disaksikanĀ  Dominik (empat kanan) dan staf bersama pelajar SMK.Al-Hasaniah Marakau Ranau.

QRANAU: Pentadbiran Sekolah Menengah Ugama (SMU) Al-Hasaniah Marakau terletak 2.2 kilometer dari pekan di sini, merakam penghargaan dan terima kasih kepada mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin kerana memberi sumbangan kepada pihak sekolah itu berjumlah RM1,200 sebagai penghargaan kepada  sekolah berkenaan yang menghantar  pelajarnya untuk menyertai Kontinjen Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau ke  Perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Ranau baru-baru ini.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Biro Hal-Ehwal Agama Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Sapilin Bin Mudin yang mewakili Datuk Jonathan untuk menyampaikan kepada Pengetua SMU Al- Hasaniah
Marakau, Ustaz Jusidin Bin Kodsingin turut disaksikan staff dan pelajar sekolah berkenaan.

Ustz Jusidin ketika ditemui amat berterima kasih dengan sumbangan itu dan mengharapkan kepada dermawan yang lain agar mencontohi komitmen Datuk Jonathan yang suka membantu tanpa membezakan agama, kaum dan fahaman politik.

“Kita menghargai sumbangan seumpama itu untuk menampung kos  keperluan pelajar di sini yang kini semakin bertambah dengan bilangan tenaga pengajar sukarela”, jelas Ust.Jusidin.

Menurutnya, sekolah itu yang mula beroperasi sejak Mac 2022 kini menawarkan pelajar bermula Tingkatan 1-6 untuk mengkuti Sijil Menegah Ugama (SMU), Sijil Tinggi Agama (STAM) dan Akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain Pengajian untuk dewasa   seperti Al-Quran,  Tajwid Al-Quran, Feqah dan Tauhid.

“Kami memberi keutamaan mana-mana pelajar ‘Tercicir’ memberi ruang dan peluang  kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran”, tambah Ust.Jusidin sambil memaklumkan kepada para ibu bapa atau pelajar yang berminat boleh menghubungi pihak sekolah menerusi telefon (HP): 011-19060125 (Ust.Jusidin), 011-3600972 (Hajidi Sawin) atau 017-8180821 (Ainon Nulantan). Hadir sama menyaksikan penyerahan sumbangan itu ialah, Pegawai Pemantau Projek Parlimen Ranau, Dominik Bin Kasuman.

Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN