31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Segera bantu rakyat terjejas akibat pandemik – Amisah

Mesra…. ADUN Dilantik, Datuk Amisah Yassin bersama ADUN Karanaan merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun sebelum sidang dewan bermula hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Amisah Yasin menggesa kerajaan negeri segera mengambil langkah berkesan bagi menangani isu rakyat yang kehilangan pendapatan berikutan wabak Covid-19.

Menurut beliau, langkah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah meruntuhkan ekonomi sekali gus menutup peluang pekerjaan serta menyebabkan sebilangan besar rakyat kehilangan punca pendapatan atau mengalami kekurangan pendapatan.

“Akibat pandemik yang berlanjutan hampir dua tahun, negeri Sabah tidak terkecuali terkena tempias petaka yang melanda, malah sektor pelancongan paling teruk terjejas, manakala rantaian perniagaan berkaitan seperti perhotelan, penginapan dan restoran terpaksa ditutup.

“Sehubungan itu, bagi membela nasib rakyat termasuk anak-anak Sabah yang kehilangan pekerjaan di Semenanjung sehingga ada yang menjadi gelandangan, kita meminta kerajaan negeri segera bertindak melaksanakan operasi khas menjejaki dan membantu mereka ini.

“Kita khuatir kepayahan hidup mereka jika tidak dibantu akan mengundang masalah sosial lain yang lebih parah,” katanya semasa ditemui persidangan Belanjawan Negeri Sabah hari ini.

Beliau dalam pada itu meminta agensi-agensi berkaitan agar membuat perancangan dan melaksanakan program pertanian dengan lebih agresif bagi memajukan bidang perhatian dalam memastikan isu kekurangan bekalan makanan tidak berlaku di Sabah.

Katanya, tempoh PKP telah mengajar kita bahawa negeri Sabah dan negara perlu mempunyai stok makanan yang mencukupi khususnya makanan asas apabila sesuatu sektor terpaksa ditutup sekali gus menyebabkan rantaian bekalan makanan terjejas.

“Dalam isu ini, kita perlu memanfaatkan sepenuhnya kegiatan pertanian di kawasan luar bandar yang bukan sahaja bertujuan mengatasi kekurangan bekalan makanan tetapi juga memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat,” ujar beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN