24 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sebanyak 32 pasukan bakal berentap pada Kejohanan Bola Sepak Mix Veteran  Terbuka Sabah  2024

Romzie@Likad

RANAU: Sebanyak 32 pasukan akan berentap pada Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Mix Veteran  Piala MP Ranau 2024  Sabah Open bermula hari ini (6 Julai) hingga 7 Julai di  Padang A Komplek Sukan  Ranau.

Pengerusi Jawatankuasa penganjur Kejohanan, Romzie@Likad Bin Mohamad memberitahu, kejohanan yang julungkali di adakan itu melibatkan 20 pasukan dari luar luar daerah dan 12 pasukan adalah dari daerah Ranau.

Menurut Romzie, Perasmian Penangguhan kejohanan pada petang 7Jun (jam 3.00 petang) akan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa  Keselamatan Pilihan Khas (JPKP) Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.179 Ranau, YB.Datuk Jonathan Yasin yang juga Penaja Utama hadiah kejohanan tersebut.

“Kita menjemput orang ramai khususnya warga Ranau supaya hadir menyaksikan kejohanan yang dijangka para pasukan bakal menurunkan para pemain sensasi dalam pasukan masing-masing”, jelas Romzie kepada Media BDB.

Beliau memaklumkan  pasukan (pemenang)  termasuk pemenang individu bakal menerima hadiah-hadiah menarik yang telah disediakan pihak penganjur.

          


          

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN