29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sebanyak 147 lot letak kenderaan tambahan akan disediakan di Hospital baharu Tawau

KOTA KINABALU: Dengan siapnya Projek Naiktaraf Hospital Tawau untuk bangunan baharu, sebanyak 147 lot tempat letak kenderaan tambahan akan disediakan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib.


Beliau yang juga ADUN Sugut menyatakan demikian untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat ADUN Sri Tanjong, Justin Wong Yung Bin semasa Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Yang Keenam Belas pada hari ketiga iaitu pada 25 Mei 2023.


“Kementerian saya melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memaklumkan terdapat 350 lot tempat letak kenderaan di Hospital Tawau pada masa ini.


“Dengan siapnya Projek Naiktaraf Hospital Tawau untuk bangunan baharu, sebanyak 147 lot tempat letak kenderaan tambahan akan disediakan.


“Untuk makluman, untuk masa depan Hospital Tawau memerlukan parking lebih kurang 1,000 hingga 1,500 lot parking dan kita mengalu-alukan pelabur dari luar untuk membina parking ini secara BOT atau Build-Operate-Transfer dan disewakan kepada pihak KKM,” kata beliau.


Sementara itu, James turut memberitahu bahawa JKNS tidak mempunyai rancangan untuk mengambil balik tanah hak milik TL.107541499 milik Qhazanah Sabah atau Warisan Harta.


“Walau bagaimanapun, JKNS akan berhubung dengan Kerajaan Negeri tentang tanah-tanah kosong yang lain di sekitar kawasan hospital untuk dijadikan tempat letak kereta,” jelas beliau.


Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada kontraktor yang melaksanakan Hospital Tawau kerana berjaya menyiapkan Hospital Tawau dengan waktu yang ditetapkan dan In Shaa Allah tahun ini siap sepenuhnya.


Sebelum itu, Wong bertanya dua soalan iaitu berapa banyak tempat letak kereta akan ditambah atau telah dirancang untuk Hospital Tawau; dan adakah sebarang rancangan untuk mengambil alih tanah kosong (nombor geran hakmilik: 1075411499) untuk tujuan penambahan kawasan tempat letak kereta.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN