28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Saya letak jawatan keputusan sendiri, tiada tekanan’ -Latheefa Koya 

“Ia keputusan saya sendiri. Spekulasi yang mengatakan saya ditekan (untuk letak jawatan) tida berasas.:

-Latheefa Koya-

KUALA LUMPUR: Latheefa Koya mengesahkan sudah meletakkan jawatan sebagai ketua ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam kenyataan medianya hari ini, Latheefa berkata beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 2 Mac lalu.

“Ia keputusan saya sendiri. Spekulasi yang mengatakan saya ditekan (untuk letak jawatan) tida berasas.

“Hasrat saya adalah untuk kembali menjadi pendukung hak asasi manusia,” katanya.

Terdahulu, selepas Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan Malaysia, tersebar khabar mengatakan ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meletak jawatan.

Hal itu mula diperkatakan malam ini ekoran beberapa laporan media mengenai Latheefa Koya.

Menurut sumber, Latheefa – yang dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM oleh Dr Mahathir Mohamad – membuat keputusan untuk meletak jawatannya beberapa hari lalu.

Bagaimanapun tidak diketahui alasan mengapa Latheefa bertindak begitu.

IKLAN- Hubungi Dato Paduka Dahlia Ramlee – 0109329938

Peletakan jawatan itu – jika benar – adalah yang kedua membabitkan pegawai kanan kerajaan selepas Tommy Thomas meninggalkan jawatannya sebagai peguam negara pada 28 Feb lalu.

Latheefa dan Thomas dilantik ke jawatan masing-masing ekoran kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU ke-14 pada Mei 2018.

Beberapa media melaporkan tugas ketua pesuruhjaya SPRM kini dipangku timbalan Latheefa, Azam Baki.

Malaysiakini sudah menghubungi Latheefa dan Azam untuk mendapatkan reaksi mereka namun setakat ini belum berjaya.

Sementara itu Sinar Harian melaporkan Latheefa mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin di Putrajaya  sebelum beliau ke mahkamah untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah Najib Razak.

Kata akhbar itu, Azam akan menggantikan Latheefa mulai Isnin ini.

IKLAN- Hubungi saya Dato Paduka Dahlia Ramlee – 0109329938

Sumber lain pula memaklumkan, kakitangan SPRM diberitahu ada perhimpunan khas akan diadakan di ibu pejabat agensi antirasuah itu pada 9 Mac ini.

“Semua ketua-ketua bahagian diwajibkan hadir dalam perhimpunan khas itu,” katanya yang enggan dikenali.

Untuk rekod Latheefa memulakan tugas sebagai ketua pesuruhjaya SPRM mulai 1 Jun tahun lalu untuk tempoh dua tahun.

Sementara itu dalam reaksi segeranya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berkata jika benar Latheefa meletakkan jawatannya, ia merupakan satu tamparan kepada langkah memerangi rasuah yang dijalankan kerajaan sebelum ini.

“Baru pagi tadi Latheefa berkata kekayaan melimpah Ku Nan (Tengku Adnan Tengku Mansor) akan diselidik, dan khabar angin bertiup mengenai peletakan jawatannya. Ini bukan sesuatu yang elok,” ciapnya di Twitter.

Sumber: MalaysiaKini


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN