Dr Joachim (lima dari kanan-duduk) bersama dengan ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) dalam mesyuarat di bilik Persidangan Wisma Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu baru-baru ini.
KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Perindustrian menganjurkan satu sesi taklimat berhubung Invest Sabah Berhad kepada Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) selepas perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif Pertama, Datuk Madiyem Layapan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Seri Panglima Sr. Hj Safar Untung baru-baru Ini.
Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr Joachim menyatakan bahawa penubuhan Invest Sabah Berhad Ini sekaligus untuk memperoleh pendapat atau pandangan SEAC mengenai beroperasinya sebuah agensi yang bertanggungjawab sebagai One-Stop agency dalam perihal pelaburan di Sabah.
Tugas dan tanggung jawab Invest Sabah Berhad ialah untuk mengenalpasti, menerima, memproses, memantau dan menyelaras semua projek pelaburan yang dibawa ke negeri Sabah seperti sektor perindustrian, pertanian, pelancong, infrastruktur, perumahan dan komersial, katanya.
Dr. Joachim juga yang Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, “Invest Sabah Berhad Ini adalah untuk memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada para pelabur, bakal pelabur, dan stakeholders yang berkenaan. “
“Invest Sabah Berhad juga diwujudkan untuk membantu mempromosikan seluruh Sabah termasuk Taman-Taman Perindustrian seperti KKIP, POIC, SOGIP dan Sandakan Furniture Hub kepada pelabur-pelabur luar dan dalam negeri,” Kata Joachim.
Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk David Chu Sui Kiong bersama ahli Majlis yang lain sebulat suara menyokong penubuhan Invest Sabah Berhad mengadakan kolaborasi pintar dalam aspek promosi pelaburan antarabangsa dan domestik di Sabah serta dalam aspek mewujudkan dasar-dasar, kemudahan pelaburan yang kondusif untuk memulihkan ekonomi, penjangat pekerjaan dan ke sejahteraan rakyat.
Turut hadir dalam mesyuarat pertama Ini, ialah Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, YB Tamin Zainal, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Berhad, Datuk Madiyem Layapan, Setiausaha Tetap Kementerian, Thomas Logijin, Timbalan Setiausaha Tetap Tseu Kei Yue dan Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Tommie Philip.