RANAU: Daerah ini mencatatkan satu kes kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kematian yang direkodkan sebanyak 14 kes.
Laman rasmi Facebook Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Ranau yang dikemaskini pada 27 September turut merekodkan 17 kes baharu, 851 kes aktif dengan jumlah keseluruhan sebanyak 3,338 kes.
Infografik PKD Ranau turut mencatatkan sebanyak 56 kes sembuh.
Sementara itu, sumber daripada Bilik Gerakan CPRC PKD Ranau menerusi infografik yang dikeluarkan, Mukim Kaingaran mencatakan kes aktif tertinggi iaitu 162 kes, diikuti Bongkud (156), Paginatan (138) Liwagu (110), dan Mukim Lohan (109).
Randagong (25), Togudon (18), Molinsou (11), Liposu (10), Karanaan (6) dan Mukim Timbua sebanyak 5 kes aktif dilaporkan.
Infografik PKD Ranau, turut merekodkan tiada kes baharu dari tiga kluster sebelum ini iaitu kluster Rapak, Naskot dan Lungkidau.
Sumber: Laman rasmi FB, PKD Ranau (27Sept2021)