KUALA LUMPUR – Demi mendapatkan wang dengan cara mudah, wanita warga asing yang terlibat kegiatan pelacuran sanggup melayan nafsu sehingga 12 orang pelanggan sehari.
Kegiatan persundalan yang dilakukan di sebuah hotel di Jalan Genting- Klang dibongkar Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi Ops Gegar, malam tadi.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, operasi kira-kira jam 9.50 malam itu bertindak menahan 15 wanita warga asing membabitkan 10 warga negara Vietnam, Indonesia (3) dan Thailand (2) berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun disyaki adalah pelacur.
Menurutnya, turut ditahan enam lelaki termasuk dua warga tempatan dipercayai adalah pelanggan serta pekerja.
Beliau berkata, siasatan mendapati hotel berkenaan dipercayai dijadikan sebagai tempat pelacuran oleh wanita berkenaan.
“Mereka mencari pelanggan menerusi aplikasi WeChat dengan tawaran harga RM215 sehingga RM800 bergantung kepada pakej.
“Mereka beroperasi bermula jam 10 pagi setiap hari dan disyaki mampu melayan 12 pelanggan sehari.
“Soal siasat juga mengesan kegiatan mereka kerap berpindah-pindah tempat bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa,” katanya.-Sinar Harian-