29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Ranau, 14 Mei 2022

Sebahagian Jawatankuasa Pesta Kaamatan peringkat daerah Ranau merakam gambar bersama Jumain (duduk tiga kanan).

RANAU:  Meskipun  belum tiba bulan Mei namun, Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah  ini kini, sudah siap-siaga merancang pelbagai acara dan menetapkan  tarikh sambutan pada 14 Mei di Dewan Masyarakat Ranau bermula jam 7.00 pagi .

Bertemakan ‘Kaamatan  Menjiwai  Alam  Semulajadi’, sambutan Kaamatan tahun ini akan dirasmikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun.

Antara acara  yang telah dirancang termasuklah Magavau, Luguan Kaamatan,  Pameran Hasil Pertanian dan Unduk Ngadau Kaamatan sebagai  acara utama.

Manakala Sukan Rakyat, Paluan Gong, Golf Kaamatan, Pacuan Empat Roda dan Sugandoi Kaamatan akan diadakan lebih awal atau selepas 14 Mei.

Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi Jawatankuasa penganjur sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah, Jumain Bin Abd.Ghani, ketika mempengerusikan satu mesyuarat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah mengharapkan kepada semua Jawatankuasa yang dilantik supaya bertugas sebagai satu pasukan  bekerjasama memastikan acara-acara yang telah dirancang  dapat berjalan  dengan lancar dan teratur.

Menurutnya, sambutan Pesta Kaamatan amat penting bukan sahaja kepada suku kaum Dusun atau Kadazan, malah untuk  semua rakyat Sabah dan rakyat Malaysia seluruhnya.

“Justeru Pesta Kaamatan bagi daerah Ranau menjadi landasan untuk menarik lebih ramai pelancong luar untuk datang melawat lokasi-lokasi menarik di daerah kita yang sememangnya sudah terkenal di peringkat antarabangsa”, tambah Jumain.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau, Jupirin Bin Haji Ruhimin,  Pemimpin Pembangunan  Masyarakat (PPM)   Paginatan, Mohd.Hisyamuddin Bin Harun, Ketua-Ketua Jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN