30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT DAERAH RANAU 27 OGOS INI

Jumain Abd Ghani

RANAU: Orang ramai khususnya masyarakat Islam di daerah ini adalah dijemput hadir ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1444 H / 2022 M Peringkat Daerah Ranau pada 27 Ogos 2022, bertempat di Dewan Masyarakat Ranau.

Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Ranau 2022, Jumain Abd Ghani, berkata ketibaan orang ramai adalah bermula jam 8 pagi dan acara dijangka selasai 12.00 tengahari.

Katanya, majlis perasmian akan disempurnakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, dan Menteri Kewangan II, merangkap Adun N.37 Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun.

“Pelbagai pengisian keagamaan sepanjang majlis tersebut termasuklah Ceramah Khas Maal Hijrah oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Jaafar.

“Selain ceramah dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, hadirin juga akan disajikan dengan persembahan nasyid daripada beberapa kumpulan nasyid tempatan.

“Acara kemuncak pada majlis tersebut adalah pengumuman dan penyampaian hadiah kepada penerima Anugerah Hijrah 1444H/2022M, selain penyampaian sijil dan penyampaian sumbangan”, katanya ketika dihubungi Borneo Daily Bulletin, hari ini.

Tambah Jumain yang juga Pengerusi Badan Dakwah Daerah Ranau, selain acara yang akan berlangsung di dalam dewan, turut diadakan adalah booth pameran bertempat di perkarangan dewan.

Sehubungan itu, Jumain mengalu-alukan kehadiran seluruh masyarakat Islam di daerah Ranau untuk sama-sama menjayakan majlis tersebut yang Bertemakan “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”,

Virus-free.www.avast.com

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN