ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan Hari Sabah Ketengah Anugerah Tokoh Pejuang Kemerdekaan

CENDERAMATA…Peto yang diiringi Leonard (lima dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Tun Musa.

KOTA KINABALU: Julung-julung  kalinya, Sambutan Hari Sabah 2025 mengetengahkan Anugerah Tokoh Pejuang Kemerdekaan Sabah.
Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), 

Datuk Peto Halim berkata Penganugerahan tersebut akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman  di Padang Merdeka mulai 

jam 7 malam, pada 31 Ogos ini.”Kita tidak lupa pejuang-pejuang sejarah yang telah membawa kita dari dulu sampai sekarang. 
“Jadi, salah satu pengisian yang ada adalah kita akan menghargai dan memanggil pejuang-pejuang kita yang terdahulu dan mungkin juga keluarga mereka kalau mereka tidak lagi berada di negeri Sabah. 

“Ini adalah idea kita dan amat penting untuk kita buat pada tahun ini. Pada tahun lalu, kita mungkin tidak sempat jadi, pada tahun ini kita akan pasti buat dan nampaknya Tun sangat bersetuju dan gembira dengan cadangan ini,” ujarnya.

Justeru, jelas beliau, orang ramai dipelawa untuk hadir sekali gus meraikan Hari Sabah kali ketiga itu dengan tema “Untukmu Sabah Tanah Airku”.

“Tentunya program Sambutan Hari Sabah 2025 ini sangat signifikan, sangat penting dan kita menetapkan beberapa ketetapan penting. 

“Yang pertama, kita mohon pemimpin-pemimpin tempatan hadir penuh dalam program ini dan kedua, kita mohon juga penduduk-penduduk rakyat Sabah yang berdekatan dengan Bandaraya Kota Kinabalu hadir beramai-ramai.

“Ini adalah satu perayaan yang ketiga kali kita buat di Sabah, Hari Sabah. Marilah datang beramai-ramai dengan semangat patriotik supaya kita boleh bersama-sama dalam semangat kebersamaan, semangat Malaysia Madani untuk membawa Sabah ini lebih maju ke depan,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Musa di Istana Seri Kinabalu, hari ini.Peto yang diiringi Setiausaha Tetap MAFFI, Datuk 

Leonard Stephen Poyong menambah, kunjungan tersebut bertujuan untuk menyampaikan jemputan rasmi di samping memberi taklimat ringkas berkaitan aturcara pada sambutan terbabit./Penerangan– 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN