33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan Hari Malaysia Peringkat MDR , 15 Sept ini – Jaiping

Jaiping Minsu.

RANAU: Sambutan Hari Malaysia peringkat Majlis Daerah ini (MDR), pada 15 September, bermula di padang pekan Ranau bermula 8.00 pagi.

Pegawai Eksekutif MDR yang juga Pengerusi Sambutan, Jaiping Minsu memberitahu Majlis Sambutan bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ itu akan dirasmikan Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi MDR, Mohd.Yassin Ibrahim yang akan menyempurnakan pelepasan Konvoi menyaksikan pelbagai aset Majlis Daerah seperti Lori, Backhoe, Tracktor dan Hitachi dengan bantuan lori Lodder akan berkonvoi bermula di Padang Pekan melintasi pekan Ranau menuju ke perkarangan Pejabat MDR.

“Sejurus ketibaan peserta Konvoi akan berbaris dengan mematuhi SOP yang dikuat-kuasakan kerajaan bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang kini masih menular seluruh dunia.

“Selepas itu majlis akan diteruskan dengan Bacaan DOA, Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Mengibarkan Jalur Gemilang diikuti ucapan saya dan ucapan Perasmian oleh Pegawai Daerah”, jelas Jaiping ketika dihubungi kelmarin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN