28.4 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sabah Tingkatkan Kerjasama, Hubungan Dengan China

Tun Musa (dua kanan) bersama Hajiji (dua kiri) ketika upacara menggaul Yee Sang.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus meningkatkan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang untuk manfaat rakyat kedua-dua negara. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata hubungan antara kedua-dua negara khususnya dengan Sabah adalah baik dan banyak manfaat telah diperoleh bersama.

“Kerajaan Negeri Sabah berharap dapat bekerjasama rapat dengan Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu untuk membawa hubungan Sabah-China ke satu tahap lagi yang akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

“Sempena Tahun Baharu Cina ini, kita juga berkongsi kegembiraan dan harapan dengan iltizam untuk terus meningkatkan hubungan baik antara Sabah dan China.

“China sentiasa menjadi jiran dan rakan yang terbaik, hubungan antara kedua-dua negara adalah baik dan kita saling mendapat manfaat antara satu sama lain.

“Marilah kita meneruskan sinergi ini dan memanfaatkan kerjasama ini dalam pelbagai bidang,” katanya sempena Resepsi Tahun Baharu Cina (Festival Musim Bunga) Konsulat Republik Rakyat China  di sini, pada Khamis.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman serta isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

Hajiji berkata, kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi dan memajukan agenda pembangunan melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Di Malaysia dan di Sabah khususnya, kita berasa bangga kerana perayaan Tahun Baharu Cina bukan saja disambut oleh masyarakat Cina, tetapi juga rakyat pelbagai kaum dan budaya di negeri ini turut sama-sama meraikannya,” katanya.

Hadir sama, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Dr. Huang Shifang dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. -Penerangan-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN