ADVERTISEMENTspot_img

Sabah sedia sebagai tuan rumah kejohanan Ping Pong Malaysia

Kian Boon (kanan) dan rombongan bersama Phoong (dua dari kanan) semasa kunjungan hormat di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Olwh: Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Sabah sudah bersedia sebagai tuan rumah menganjurkan Kejohanan Ping Pong Remaja dan Kadet Malaysia Milo Ke-44 2026.

Kejohanan itu dijadualkan berlangsung di Dewan Maksak Likas, dekat sini pada 16-20 September 2026.

Presiden Persatuan Ping Pong Sabah, Liau Kian Boon berkata, mereka akan berusaha sedaya upaya memastikan kejohanan itu berprestij.

“Kami juga akan pastikan ia dianjurkan secara profesional, adil dan berkualiti tinggi, sekali gus menyediakan platform terbaik untuk pemain-pemain muda dari seluruh negara bertanding, berinteraksi dan meningkatkan prestasi masing-masing, “ katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengetuai rombongan Persatuan Ping Pong Sabah melakukan kunjungan hormat kepada Senator Datuk Phoong Jin Zhe di sini baru-baru ini.

Phoong telah diberi taklimat mengenai perancangan kejohanan, persiapan penganjuran serta usaha persatuan dalam membangunkan sukan ping pong di kalangan belia.

Phoong dalam maklum balasnya melahirkan penghargaan terhadap komitmen Persatuan Ping Pong Sabah  memajukan pembangunan sukan belia khususnya pin Pong.

Phoong  turut menyatakan sokongan terhadap penganjuran kejohanan ini dan berharap   ia dapat menyediakan platform pertandingan bertaraf kebangsaan kepada pemain muda, mencungkil lebih ramai bakat baharu serta terus memperkukuhkan pembangunan sukan ping pong di Malaysia.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN